[VIDEO] Kenduri Bertukar Kecoh, Tetamu Lari Bila Babi Hutan ‘Join’ Majlis Kahwin

Tetamu tak diundang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @eynaminal (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis perkahwinan merupakan satu upacara penuh adat dan simbolik yang menandakan penyatuan dua jiwa dalam ikatan sah sebagai suami isteri

Lazimnya, majlis ini diraikan dengan penuh meriah bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, disertai pelbagai adat tradisi serta hidangan istimewa.

Namun, kemeriahan sebuah majlis perkahwinan di daerah ini bertukar kecoh apabila suasana yang pada awalnya meriah dan dipenuhi gelak tawa tetamu tiba-tiba bertukar panik selepas muncul seekor babi hutan yang meluru masuk ke kawasan majlis tanpa dijangka.

SAYS.com
Image via @eynaminal (TikTok)

Tetamu panik, babi tiba-tiba lalu

Menerusi video di TikTok @eynaminal, kelihatan suasana majlis perkahwinan yang pada awalnya meriah bertukar cemas apabila seekor babi hutan tiba-tiba meluru melintasi kawasan khemah tetamu.

Seorang lelaki yang sedang mendukung bayinya hampir disondol haiwan berkenaan namun sempat mengelak pada saat akhir, sekali gus mengelakkan sebarang kecederaan.

Situasi mencemaskan itu menyebabkan tetamu bertempiaran menjauh, sementara suasana majlis seketika bertukar panik. Tidak dapat dipastikan ke mana haiwan berkenaan melarikan diri selepas insiden itu berlaku.

Pemilik video, yang juga pengacara majlis, memaklumkan bahawa beliau berada di lokasi bagi mengendalikan acara perkahwinan tersebut ketika kejadian berlaku.

Menariknya, ruangan komen turut dibanjiri reaksi lucu warganet, dengan sebahagiannya berseloroh mengatakan babi hutan itu mungkin "bekas kekasih salah seorang pengantin" yang datang tanpa dijemput.

Lihat video di bawah:

@eynaminal

Tengah tunggu pengantin berarak..tiba-tiba babi lalu..ya Allah…tacooooddddddd….

♬ original sound – Eyna Minal – Eyna Minal

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik