[VIDEO] Kenapa Gigi Anak Jarang Lagi Bagus Dari Gigi Rapat? Ini Penjelasan Doktor

Baru tahu bagus sebenarnya gigi jarang ni. So, parents jangan risau okay!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Dr.habubu (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang doktor gigi mendedahkan kepada ibu bapa tentang kebaikan jika gigi anak tumbuh jarang dan tidak terlalu rapat

Menerusi perkongsian video berdurasi 51 saat daripada Dr Habib di TikTok, doktor berkenaan berkata sebenarnya jika gigi anak tumbuh terlalu rapat, ia adalah tanda 'red flag'.

"I ada baca dekat Threads yang ada parents show off gigi anak dia cantik, tersusun dan rapat. Ada juga parents yang risau sebab gigi anak dia ada gap. Actually, kita nak yang ni, yang ada gap," katanya.

Saiz gigi kekal lebih besar dari gigi susu

"Kenapa kita nak gigi yang ada ruang macam ni? Sebab gigi susu ni akan digantikan dengan gigi kekal. Gigi kekal ni pulak saiz dia lagi besar daripada gigi susu.

"So bila dia nak keluar tu dia perlukan ruang. Dia perlukan gap tu. Kalau gigi susu awak dah rapat, dah tak ada ruang, nanti gigi kekal akan keluar ikut mana? Boleh jadi dia akan tumbuh berselerak lah, dia akan cari mana ruang yang ada je,"
jelasnya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via