[VIDEO] “Jangan Kamu Berada Di Sini” – Aisar Khaled Dihalau Ketika Bantu Mangsa Banjir Bali
Aisar bersama pasukannya akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan lokasi kejadian.
Cover image via @illaaryantz0 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Personaliti media sosial terkenal, Aisar Khaled berdepan peristiwa yang tidak diduga ketika beliau berkunjung ke Pulau Bali dengan niat murni untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir
Apa yang sepatutnya menjadi misi kemanusiaan bertukar menjadi pengalaman yang pahit apabila, tanpa diduga.
Aisar dikatakan diusir oleh penduduk tempatan. Insiden tersebut turut dirakam menerusi lensa kamera, sekali gus mencetuskan perhatian ramai di media sosial.

Terpaksa beredar selepas dihalau penduduk tempatan
Menerusi rakaman video di akaun TikTok @illaaryantyz0, kelihatan pada mulanya Aisar dikerumuni penduduk setempat ketika menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Namun, suasana yang pada awalnya kelihatan tenang dan kondusif bertukar tegang apabila seorang lelaki tiba-tiba tampil lalu mengherdik Aisar di hadapan orang ramai.
Lelaki tersebut bukan sahaja meninggikan suara, malah menuduh Aisar hadir semata-mata untuk meraih publisiti ketika bencana melanda.
"Jangan kamu berada di sini lagi. Kami mahu melakukan kerja pembersihan, kamu mencetuskan kesesakan lalu lintas," kata lelaki berkenaan.
Berikutan situasi yang semakin memuncak, Aisar bersama pasukannya akhirnya akur dan mengambil keputusan untuk meninggalkan lokasi kejadian.

Netizen dakwa Aisar dihalau sebab ganggu kutipan sampah
Dalam pada itu, warganet kemudian menjelaskan bahawa punca sebenar Aisar dihalau adalah kerana pada ketika itu penduduk setempat sedang giat memindahkan timbunan sampah-sarap yang dibawa arus banjir, melibatkan penggunaan beberapa buah lori.
Kehadiran Aisar bersama orang ramai yang berhimpun untuk mendapatkan bantuan dikatakan telah menyebabkan kesesakan, sehingga lori-lori yang membawa muatan sampah tidak dapat bergerak akibat laluan dipenuhi dengan motosikal penduduk.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



