[VIDEO] Hujan Bukan Halangan, Polis Trafik ‘Layan’ Tabik Dua Beradik Siap Bagi Naik Motor

Comel je dua beradik ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @wanpieja85 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di sebalik tugasan mencabar menjaga keselamatan lalu lintas, terselit satu kisah murni yang membuktikan bahawa kebaikan kecil mampu memberikan impak yang besar dalam hati masyarakat

Umum mengetahui bahawa tugas seorang anggota polis trafik bukanlah sesuatu yang mudah.

Mereka menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan kelancaran aliran trafik, menguatkuasakan undang-undang jalan raya, serta meminimumkan risiko kemalangan demi keselamatan pengguna lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan sisi prihatin seorang anggota polis trafik di Kelantan sehingga mendapat pujian meluas daripada netizen.

SAYS.com
Image via @wanpieja85 (TikTok)

Layan kehendak kanak-kanak mahu naik motor

Seorang anggota polis trafik di Kelantan, Wan Faizal, mencuri hati netizen selepas video pendek memaparkan kemesraannya melayan dua peminat cilik tular di aplikasi TikTok.

Walaupun sedang menjalankan tugas rondaan dalam cuaca hujan, beliau membuktikan bahawa tugas rasmi bukanlah penghalang untuk menyantuni masyarakat.

Menerusi video di akaun TikTok @wanpieja85, dua beradik berkenaan dilihat setia menunggu di luar rumah semata-mata untuk memberikan tabik hormat kepada anggota polis yang sering lalu di kawasan tersebut.

Walaupun cuaca tidak menentu, semangat dua beradik itu membuatkan beliau tergerak hati untuk memberhentikan motosikal rondaan dan menyapa mereka dengan lebih dekat.

"Hari ni hujan-hujan pun keluar tabik ke Abam Ja dua beradik ni. Hari ni tak sibuk sangat, jadi boleh singgah sekejap layan. Abang nak naik moto, adik lari pula takut," tulisnya dalam nada berseloroh di kapsyen video tersebut.

Suasana menjadi lebih ceria apabila salah seorang daripada kanak-kanak itu bersalaman dengan penuh hormat dengan Wan Faizal sebagai tanda penghargaan.

Namun, momen tersebut diselangi dengan gelagat lucu apabila si adik, yang pada mulanya begitu teruja, tiba-tiba bertukar malu dan berlari masuk ke dalam rumah apabila dipelawa untuk mencuba duduk di atas motosikal berkuasa besar milik polis tersebut.

Lihat video di bawah:

@wanpieja85

Arini hujan² pon keluar tabik ke Abam Ja 2 beradik ni..Arini xbz sgt jd boleh singgah sekejap layan..Abang nk naik moto adik lari pulak takut.. 🤣🤣#SelamatBersamaJSPT #motovlog #st1300 #videoviralシ NolanHelmet@Insta360 by DroneHub.my w

♬ original sound – Wanfaizal85 – Wanfaizal85

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik