[VIDEO] Helah Wang Palsu Terbongkar, Cubaan Beli Barang Kemas RM30,000 Gagal

Suspek datang sendirian dengan memakai kopiah putih, cermin mata hitam dan pelitup muka berwarna merah jambu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berusia awal 30-an gagal dalam usahanya memperdaya sebuah kedai emas di Jalan Chabang Tiga semalam selepas cuba membeli barangan kemas menggunakan wang kertas palsu

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan bahawa tindakan licik suspek berjaya dihidu oleh seorang jurujual lelaki berusia 36 tahun sekitar jam 3.10 petang.

Rentetan daripada cubaan penipuan tersebut, satu laporan polis telah difailkan pada jam 6.31 petang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Menurut beliau, suspek datang sendirian dengan memakai kopiah putih, cermin mata hitam dan pelitup muka berwarna merah jambu.

"Difahamkan, suspek menyatakan hasrat ingin membeli barang kemas dianggarkan bernilai RM30,000.

"Rakan sekerja pengadu kemudian menunjukkan berapa gelang emas kepada suspek, dengan disaksikan oleh pengadu sendiri," katanya.

SAYS.com
Image via @kedaiemaslelongmayahq (TikTok)

Beritahu hasrat kononnya mahu belikan barang kemas untuk isteri

Menurut Azli, suspek pada mulanya berpura-pura mengambil gambar barang kemas tersebut dengan alasan mahu menunjukkannya kepada isteri.

Setelah dua kali keluar dan masuk ke dalam kedai, suspek akhirnya menyatakan keinginan untuk membeli barangan kemas yang telah dilihatnya itu.

"Ketika menguruskan penyediaan resit pembelian, pengadu meminta suspek menyerahkan wang bayaran untuk dikira.

"Pengadu kemudian melihat suspek meletak 'wang' yang diikat secara 'bundle' dalam sebuah beg plastik berwarna kuning.

"Namun, hasil pemerhatian awal pengadu mendapati wang itu agak pelik kerana cetakan tepinya berwarna putih," katanya.

Lihat video viral di bawah:

@kedaiemaslelongmayahq

AMARAN…cubaan menipu membeli emas menggunakan duit palsu bernilai RM30000 #emas916 #emasmurah #terengganu #beliemasbelibahagia #kedaiemaslelongmaya @Abe Mie | Emas Maya @Abe Mie | Emas Maya @Abe Mie | Emas Maya

♬ original sound – Abe Mie | Emas Maya – Abe Mie | Emas Maya

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik