[VIDEO] Harimau Tiba-Tiba Muncul, Lelaki Kongsi Terpaksa Berlindung Atas Pokok 4 Jam
Dia terpaksa membuat pelbagai bunyi bagi mengalihkan perhatian pak belang tersebut.
Cover image via @fahad.mk_ (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Detik cemas seorang lelaki bertukar mimpi ngeri apabila dia terpaksa bertahan hampir empat jam di atas sebatang pokok
Difahamkan, ia selepas individu tersebut terpaksa untuk menyelamatkan diri selepas seekor harimau muncul secara tiba-tiba dari kawasan semak berhampiran.
Lelaki berkenaan pada mulanya berada di kawasan itu untuk melakukan kerja harian seperti biasa sebelum menyedari kehadiran haiwan buas tersebut yang dipercayai tersesat masuk dari hutan berdekatan.

Bertahan 4 jam atas pokok
Menerusi video di akaun TikTok @fahad.mk_, kelihatan lelaki berkenaan berkongsi pengalaman ngeri apabila hanya mampu bersembunyi di atas sebatang pokok sambil memerhati setiap gerak-geri harimau tersebut.
"Dia sedang bersembunyi dan sedang perhatikan gerak-geri saya hanya menunggu masa untuk serang hendap.
"Andai kau lapar sabarlah bila aku penat aku pasti turun kerana aku juga lapar," tulisnya.
Fahad, yang dikenali sebagai individu berani serta aktif membuat kandungan video menerokai hutan mencari pelbagai tumbuhan dan aktiviti paranormal, mengakui pengalaman berdepan detik mendebarkan itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Saya memang da ada atas pokok itu. Waktu nak turun tiba-tiba terperasan ada daun yang bergoyang rupanya dia (harimau) dekat celah semak-samun tengah menginatai tunggu masa untuk serang.
"Sesuatu tragedi yang berlaku sukar untuk dijelaskan, biarlah menjadi pengalaman untuk diri-sendiri," katanya.
Menurutnya lagi, sepanjang hampir empat jam bertahan di atas pokok, dia terpaksa membuat pelbagai bunyi untuk mengalihkan perhatian harimau tersebut.
"Hampir empat jam dekat atas rasa betul-betul yakin dia (harimau) dah pergi baru turun, itu pun saya jerit macam-macam bunyi nak tunjuk saya yang dominan dalam hutan tu," kongsinya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di media sosial yang turut meluahkan rasa kagum terhadap keberanian Fahad, selain mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berada di kawasan habitat haiwan liar.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



