[VIDEO] Gerai Sate Malaysia Jadi Rebutan Di China, Menu Paling Laju ‘Sold Out’

Sate dah jadi makanan kegilaan ramai di sana.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @sinwantz_ (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dapat dinafikan, makanan Malaysia sentiasa menjadi tarikan utama, khususnya bagi pelancong yang berkunjung ke negara ini

Keunikan rasa, kepelbagaian budaya serta keaslian setiap hidangan menjadikan kulinari tempatan begitu istimewa di mata dunia.

Malah, ada pelancong yang sanggup terbang jauh semata-mata untuk merasai sendiri keenakan makanan Malaysia. Justeru, tidak hairanlah jika sajian tempatan sering menjadi rebutan apabila dipasarkan di luar negara.

SAYS.com
Image via @sinwantz_ (TikTok)

Gerai jadi tumpuan ramai sampai selalu sold out

Menerusi perkongsian video di TikTok @sinwantz_, kelihatan suasana meriah apabila salah satu vendor menerima sambutan hangat daripada warga tempatan di Nanjing, China.

Difahamkan, gerai berwarna hijau itu menjual sate yang dimasak khas oleh rakyat Malaysia.

Lebih menarik, tukang masak di gerai berkenaan lengkap berpakaian tradisional baju Melayu, sekali gus mencuri perhatian orang ramai untuk mencuba juadah tersebut yang cukup unik dan sarat dengan cita rasa tradisi.

Difahamkan, meskipun harga sate dijual sekitar RM10 untuk tiga cucuk, ia tetap mendapat sambutan luar biasa apabila orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu menikmatinya.

Malah, gerai tersebut menjadi tumpuan utama, jauh mengatasi vendor-vendor lain yang turut serta dalam karnival berkenaan.

Lebih menarik, seorang wanita dilihat khusus mencari peniaga sate itu kerana tertarik dengan jualannya. Namun, hampa apabila mendapati sate yang dijual sudah habis licin pada malam tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik