[VIDEO] Gelagat Keluarga Nyanyi Guna Sign Language Cuit Hati Ramai – “Comelnya!”
Comel sangat pak cik dan mak cik!
Cover image via @nabilnazrol (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti mana yang kita tahu, belajar bahasa isyarat bukanlah mudah dan memerlukan masa bertahun-tahun untuk mahir menggunakannya
Namun, bagus sebenarnya kalau kita pandai berbahasa isyarat. Selain dapat menolong Orang Kelainan Upaya (OKU), kita juga dapat menambah ilmu baharu.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan sebuah keluarga menggunakan bahasa isyarat menyampaikan lagu Untuk Dia nyanyi Najwa Latif & SleeQ telah mencuit hati ramai.


Menerusi video berdurasi 26 saat yang dimuat naik oleh @nabilnazrol, tiga beranak itu berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur sambil merakam gelagat mereka dengan lagu tersebut.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila ibu dan ayah kepada remaja lelaki terbabit kelihatan sangat comel membuat gaya bahasa isyarat mereka.
Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah sehingga 1.4M tontonan di TikTok, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka yang comel
Malah, ada yang mencadangkan bahasa isyarat sepatutnya menjadi salah satu subjek di sekolah supaya ramai dapat belajar.
Antara komen daripada netizen di TikTok:



Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



