Driver E-Hailing Memandu Secara Berbahaya Hampir Rempuh Pejalan Kaki Kini Ditahan Polis

Suspek dibawa ke Mahkamah Trafik Jalan Duta untuk pertuduhan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @wanalifasyraf_ (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemandu e-hailing ditahan polis semalam selepas tindakannya memandu secara berbahaya di Jalan Sultan Hishamuddin

Kejadian tersebut menyebabkan dia hampir melanggar seorang pejalan kaki di situ.

Difahamkan, pemandu terbabit tidak berhenti ketika lampu isyarat sedang merah.

SAYS.com
Image via @wanalifasyraf_ (TikTok)

Pemandu ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Menerusi kenyataan, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) mengesan satu video tular dimuat naik di laman TikTok memaparkan kejadian.

"Siasatan awal mendapati pemandu kereta adalah seorang lelaki berusia 42 tahun merupakan seorang pemandu e-hailing.

"Suspek memandu kereta jenis Perodua Bezza telah bertindak melanggar lampu isyarat merah di Jalan Sultan Hishamuddin dari arah Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka," katanya.

Dalam kejadian berkenaan, Mohamed Usuf memaklumkan bahawa pemandu kereta terbabit hampir melanggar seorang pejalan kaki yang sedang menyeberangi jalan di laluan lintasan tersebut.

"Bertindak atas maklumat, JSPT KL telah membuat tangkapan ke atas pemandu terbabit kira-kira pukul 8.15 pagi dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Beliau menambah, suspek akan dibawa ke Mahkamah Trafik Jalan Duta pada pukul 9 pagi hari ini untuk pertuduhan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Bilik Gerakan JSPT KL di talian 03-2026 0267/0269.

SAYS.com
Image via Polis Kuala Lumpur (Facebook)

Lihat video di bawah:

@wanalifasyraf_

Ni bukan langgar lampu merah je, dah macam cubaan membunuh 😭

♬ original sound – Wan Alif Asyraf – Wan Alif Asyraf

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: