[VIDEO] Doktor Jelaskan Kenapa Harus Tukar Berus Gigi Lepas Sembuh Dari Influenza
Ingat! kena tukar ya berus gigi tu.
Cover image via @dr.estherk (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Virus influenza menunjukkan tren peningkatan yang membimbangkan di Malaysia, dengan kes merebak lebih cepat berbanding jangkaan awal
Klinik dan hospital di beberapa negeri melaporkan lonjakan pesakit yang mengadu simptom-simptom seperti demam tinggi, batuk-batuk berkahak, sakit tekak dan selesema kerap.
Peningkatan ini turut membimbangkan kerana ia berlaku serentak dengan musim perubahan cuaca, satu faktor yang sering memudahkan virus pernafasan mudah menular.
Baru-baru ini, seorang doktor tampil memberi peringatan mengenai bahaya menggunakan berus gigi yang sama selepas sembuh daripada sakit.
Perlu tukar berus gigi sebaik sahaja sembuh dari demam atau influenza
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @dr.estherk, dia menekankan kepentingan menukar berus gigi sebaik sahaja sembuh daripada penyakit, terutamanya influenza.
Menurutnya, berus gigi lama perlu dibuang dan digantikan dengan yang baharu kerana virus dan bakteria masih boleh melekat pada berus tersebut walaupun selepas seseorang pulih sepenuhnya.
Katanya lagi, langkah ini penting untuk diamalkan oleh semua golongan tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa bagi mengelakkan risiko jangkitan semula.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Subang Jaya Medical CenterLihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



