[VIDEO] Ditengking & Dihina Ketika Sakit Bersalin, Mentua ‘Mulut Puaka’ Minta Menantu Mati
Sampai hati dia cakap macam tu.
Cover image via @makassar_iinfo (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi setiap wanita, proses melahirkan anak adalah detik yang penuh dengan debaran, pengorbanan, dan tidak dinafikan
Kesakitan itu sukar digambarkan dengan kata-kata. Ia bukan sekadar pengalaman fizikal, tetapi juga ujian emosi dan mental yang memerlukan kekuatan luar biasa.
Bermula daripada kontraksi pertama sehingga saat bayi dilahirkan, setiap detik adalah perjuangan yang menguji tahap kesabaran dan ketabahan seorang ibu.
Namun, berbeza dengan video yang tular di negara jiran apabila seorang wanita menerima kecaman orang ramai kerana melontarkan kata-kata kesat ketika menantunya sedang bersalin di sebuah hospital di wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Tribunnews.

Minta wanita itu lahirkan anak dahulu sebelum 'mati'
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram @makassar_iinfo, kelihatan suasana cemas apabila seorang wanita menjerit kesakitan ketika sedang berjuang melahirkan anak.
Selepas mengadu tentang kesakitan yang dialami, wanita tersebut dikejutkan pula dengan tengkingan dan kata-kata hinaan daripada seorang wanita lain yang dipercayai ibu mentuanya.
"Awak fikir awak sahaja yang penat? Kami juga penat menunggu tiga, empat malam. Biarkan kamu sahaja yang mati, tetapi lahirkan anak itu dulu! Suami kamu juga penat!" katanya dengan nada marah.
Situasi tegang itu bagaimanapun berjaya diredakan apabila dua bidan yang bertugas segera menenangkan pesakit serta menegur tindakan ibu mentua berkenaan.
Rakaman tersebut meraih lebih 1.8 juta tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



