[VIDEO] Calon SPM 2025 Sanggup Berenang Redah Banjir Ke Asrama Untuk Duduki Peperiksaan

Menurut pelajar itu, ini bukan kali pertama dia meredah banjir kerana kawasan berkenaan memang kerap dinaiki air.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang remaja menjadi tular dan meraih perhatian warganet selepas videonya meredah banjir dengan berenang demi sampai ke asrama untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tersebar di laman sosial

Menerusi laporan Harian Metro, Haziq Hazwan Yusoff, 17 yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis ini menganggap cabaran itu sebagai ujian kepadanya.

"Saya anggap ia sebagai ujian yang Allah SWT beri buat saya. Apa saya lakukan itu pun usaha untuk diri sendiri juga, bukan orang lain," katanya.

Video berkenaan dikongsikan oleh bapanya, Yusoff Mat Dakim, 42, yang turut dilihat berenang sambil menolak tong berisi beg sekolah.

Berkongsi kisah sebenar, Haziq Hazwan dari Kampung Kuala Kechau berkata video tersebut dirakam adiknya, Muhammad Hazim Yusoff, 10, dari tebing berhampiran pada Sabtu lalu.

Menurut Haziq, dia dan bapanya terpaksa berenang menyeberangi kawasan yang dilanda banjir kerana laluan itu tidak boleh diakses menggunakan bot, menjadikan pilihan itu satu-satunya cara untuk mereka bergerak pada hari kejadian.

"Rumah saya hampir dinaiki air akibat banjir jadi itu sebabnya kena keluar ke asrama lebih awal. Ikutkan keluarga saya pun ada bot sendiri tapi tak boleh digunakan di kawasan berkenaan.

"Jadi kena redah banjir sebelum ayah bawa saya ke asrama menaiki kereta yang sudah diletakkan di tempat tinggi.

"Air cecah paras hidung juga tapi syukur kerana saya dengan ayah dapat berenang dengan selamat," katanya.

"Rumah saya hampir dinaiki air akibat banjir jadi itu sebabnya kena keluar ke asrama lebih awal. Ikutkan keluarga saya pun ada bot sendiri tapi tak boleh digunakan di kawasan berkenaan.

"Jadi kena redah banjir sebelum ayah bawa saya ke asrama menaiki kereta yang sudah diletakkan di tempat tinggi.

"Air cecah paras hidung juga tapi syukur kerana saya dengan ayah dapat berenang dengan selamat,
" katanya.

SAYS.com
Image via @yusoffpelamindanwiring2 (TikTok)Image via

Kawasan berkenaan kerap dinaiki air apabila banjir

Haziq Hazwan menjelaskan bahawa situasi meredah banjir bukanlah sesuatu yang asing baginya kerana kawasan itu memang kerap dinaiki air. Namun, kali ini lebih mencabar kerana dia perlu pulang ke asrama lebih awal untuk menduduki peperiksaan SPM.

"Cuma ini kali pertama redah banjir untuk ke asrama lebih awal bagi menduduki SPM semalam.

"Bukan salah pihak sekolah pun kerana saya dengan ayah yang ambil inisiatif sendiri redah banjir kerana laluan berkenaan tak boleh diakses.

"Jadi saya harap yang menonton video berkenaan tak salah faham atau salahkan sesiapa dan mungkin orang kata saya risikokan diri. Tapi saya tahu risiko yang saya ambil kerana jika boleh bahayakan diri tak mungkin saya redah.


"Apa pun, saya berdoa semoga perjalanan saya menduduki SPM dipermudahkan kerana nak dapat 9A. Diharap calon SPM yang senasib juga bertabah kerana mungkin ujian itu kunci kejayaan buat kita semua,"
katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Sementara itu, bapanya Yusoff berkata rumah mereka hampir dinaiki air dan ketika itu beliau tidak sempat meminta bantuan kerana fokus menyelamatkan barang-barang di rumah sebelum menghantar anaknya ke asrama.

"Banyak yang saya nak fikir waktu itu kerana pada masa sama nak hantar anak ke asrama jadi redah saja banjir tanpa sempat minta tolong sesiapa.

"Kawasan saya dan anak berenang bukan sungai tapi jalan keluar ke bandar dan sebab itu kami yakin boleh berenang kerana ada tempat tak dalam.

"Saya tak salahkan pihak sekolah pun kerana mungkin mereka tak tahu kawasan rumah kami banjir sebab air naik terlalu cepat. Apa pun, kami sudah selamat dan terima kasih kepada yang mendoakan serta ambil berat dengan anak saya," katanya.

Isterinya, Rozila, turut meluah rasa sebak melihat kesungguhan Haziq Hazwan yang sanggup meredah banjir demi kembali ke asrama, selain pengorbanan suaminya yang menemani anak mereka sepanjang laluan mencabar itu.

"Kami tak sangka video itu akan tular… jujurnya kami tak salahkan mana-mana pihak pun kerana bot memang tak boleh nak lalu di situ.

"Anak dengan suami memang boleh berenang dan jarak nak ke tempat tinggi pun tak jauh. Itu sebabnya mereka redah saja.

"Saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian buat anak dan menjadi asbab dia mendapat keputusan cemerlang dalam SPM nanti," katanya.

Lihat video di bawah:

@yusoffpelamindanwiring2

air yg dalam, terpaksa juga redah,jln utama terputus, air banjir, semoga along berjaya dlm exzam spm thn ini… amin🤲🤲 #nk balik asrama terpaksa redah banjir, spm2025

♬ PadaMu Kubersujud – Religi Islam – Afgan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik