[Video] Bunyi ‘Ngauman Misteri’ Dari Rakaman CCTV Seperti Tidak Asli
'Ngauman Misteri' apakah itu?
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua hari lepas viral di TikTok apabila seorang penduduk di Putrajaya berkongsikan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seperti tidak asli
Dilaporkan oleh Harian Metro, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Zaki Nuawi telah dimohon untuk merungkai kebenaran disebalik rakaman dan ngauman misteri tersebut.
Pandangan ini dibuat berdasarkan analisa menggunakan perisian penganalisiaan suara.
"Berdasarkan analisis saya, bunyi daripada video itu kedengaran seperti tidak asli. Ada ciri yang sudah disunting ," kata beliau.
Jangan cenderung dengan teori konspirasi, perlu dibuktikan menerusi kajian saintifik
Menurut beliau, ada golongan yang cenderung kepada teori konspirasi bahawa bunyi tersebut berkaitan dengan stesen penyelidikan Program Penyelidikan Auroral Aftif Frekuensi Tinggi (HAARP) di Alaska, Amerika Syarikat.

Pandangan itu hanyalah teori konspirasi dan kesahihannya hanya boleh dibuktikan dengan kajian saintifik.
Terdapat satu konspirasi teori di mana stesen penyelidikan HAARP dipercayai boleh digunakan untuk mengawal cuaca dan fenomena alam di tempat yang disasarkan di muka bumi.
"Ada kemungkinan bunyi itu datang daripada stesen berkenaan ketika melakukan percubaan alat di sana. Tapi apa saya katakan ini tidak boleh digunapakai sepenuhnya kerana tetap perlu ada data saintifik yang menyokong. Saya pernah menerima rakaman bunyi misteri yang hampir sama di negara lain cuma ini (bunyi misteri yang tular) pertama kali," tambah beliau lagi.
Video yang tular ini telah dikongsikan oleh Nur Habibah Najwa Abidin, 36, yang menunjukkan satu rakaman CCTV yang jelas kedengaran bunyi ngauman misteri di Presint 9, Putrajaya.
Perkongsian itu telah meraih lebih 1.1 juta tontonan di TikTok dengan lebih 1,600 komen.
@aara.bake Alkisah semalam ptg. Baru balik bawak anak main roller blade dari Masjid Putra. Sampai je bawah blok rumah di Presint 9, angin kuat and hujan. Tiba2 petir yg sangat kuat. Lepas je betul2 petir tu habis, ada bunyi yang betul betul menakutkan. Masa tu suami dlm kereta tgh park. Dia keluar je kereta sy tanya ada dengar takk bunyi tu. Dia kata bunyi motor kot tapi kuat. Sy ckp bukannnnn, bunyi lain sgt. So kami anak beranak naik lif dgn senyap. Masuk rumah suami terus check cctv. Dia tetiba kata, eh seram eaaaaa bunyi tu! Cuba dengar minit 19:19:54. Betul2 lepas petir. Kalau ada yang tau bunyi apa boleh explain tau!!!! Nak reply yg murni2 je xnk condemn2 tau. Kita hapuskan negativity!
♬ original sound – Aara.bake
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



