[VIDEO] Budak Lelaki Cedera Parah Diserang Anjing, Warganet Desak Pihak Berkuasa Bertindak
Menerusi video yang tular, mangsa cedera parah di bahagian kepala.
Cover image via @cikguanep (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas diserang seekor anjing dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Megah, Cheras, baru-baru ini
Detik cemas itu sempat dirakam dari jauh oleh orang awam sebelum tular di media sosial.
Video berdurasi 11 saat itu memaparkan mangsa bergelut dengan anjing berkenaan sebelum berjaya melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah.
Seorang penunggang motosikal yang kebetulan berada di lokasi turut dilihat cuba membantu dengan menghalau anjing tersebut.


Turut tular beberapa gambar yang menunjukkan kecederaan serius pada kepala mangsa, termasuk kulit yang terkoyak akibat gigitan
Video tersebut mula dikesan tular di Facebook hari ini, sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihak polis belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan insiden itu.
"Kami akan membuat semakan lanjut berhubung kejadian ini," katanya ringkas.
Warganet turut berharap mangsa segera mendapat rawatan dan insiden ini menjadi peringatan kepada semua pihak agar lebih peka terhadap keselamatan kanak-kanak dan kawalan haiwan peliharaan.

Lihat video di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



