[VIDEO] Bomba Berjaya Tangkap Buaya Sesat Sepanjang 1.2 Meter Masuk Sekolah
Difahamkan, tidak diketahui buaya terbabit datang dari mana dan dipercayai ia tersesat hingga ke situ.
Cover image via FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seekor buaya sepanjang kira-kira empat kaki berjaya ditangkap berhampiran kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Rahman Andak, Simpang Renggam, Johor
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Johor, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.15 pagi.
Susulan itu, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) segera dikerahkan ke lokasi bagi menangani situasi berkenaan.
"Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati benar terdapat seekor buaya berada di dalam kawasan sekolah. Operasi menangkap buaya dijalankan menggunakan peralatan penjerut dan operasi ditamatkan pada 8.35 pagi," menurut kenyataan itu.

Tiada pelajar di sekolah ketika buaya muncul
Menerusi laporan Harian Metro, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Syawal, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, ketika kejadian, tiada pelajar berada di kawasan sekolah, dan kemunculan buaya berkenaan terlebih dahulu disedari pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan kepada guru, yang kemudian segera menghubungi bomba untuk bantuan.
Katanya, tidak diketahui buaya terbabit datang dari mana dan dipercayai ia tersesat hingga ke situ.
"Kami sudah menghubungi pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambilnya dan buat sementara waktu buaya itu ditempatkan di balai bomba," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



