[VIDEO] Beri Hadiah Kasut Baru Sebagai Kenangan, Murid Menangis Bila Cikgu Nak Pindah Sekolah

Murah rezeki cikgu tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @tcernana_lah (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu

Bukan itu sahaja, mereka jugalah yang membentuk peribadi, sahsiah dan masa depan anak didik.

Tidak hairanlah, kehadiran seorang guru sering meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan murid, sehingga setiap perpisahan dengan mereka menjadi detik penuh emosi dan menyentuh hati.

Baru-baru ini, seorang guru mencuri perhatian apabila berkongsi detik penuh manis sebelum beliau berpindah ke sekolah lain.

SAYS.com
Image via @tcernana_lah (TikTok)

Sempat hadiahkan kasut baru pada anak murid sebelum pindah

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @tcernana_lah, kelihatan guru berkenaan menghadiahkan beberapa pasang kasut baharu kepada anak muridnya.

Difahamkan, pemberian itu dilakukan sempena hari terakhir beliau di sekolah tersebut sebelum berpindah ke lokasi baharu.

Apa yang lebih menyentuh hati, berita tersebut ternyata membuat ramai murid tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan air mata.

Meski begitu, beliau memohon doa daripada orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan, sambil menegaskan bahawa sekolah berkenaan akan sentiasa terpahat sebagai salah satu kenangan terindah dalam hidupnya.

Lihat video di bawah:

@tcernana_lah

Repost kali ke-3 sebab nampak ic pula🥹 Tak pelah, tetap post untuk kenangan masa depan🖤🥹 terima kasih sangat buat semua yang doakan nana dapat pindah ke seremban. Masyaallah tabarakallah. Rezeki nana dapat pindah dekat dengan rumah- dalam happy2 nana, sedih teramat sedih nak tinggalkan Johor. 4 tahun nana mengajar dan tinggal kat Johor. Banyak sangat kenangan nana kat sini. Nak tinggalkan orang baik baik kat johor. Masyaallah. Doakan nana dipermudahkan urusan pindah semua ya? Harap sangat cikgu2 kat seremban baik baik, and nak friend dengan nana amin #tcernana

♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik