Video ‘Bergendang’ Kejut Sahur Tular, Ustaz Tegur Budaya Tidak Sesuai

Beliau menyifatkan budaya sedemikian tidak sewajarnya dikembangkan di negara ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu kesukaran bangun bersahur sering kali menjadi cabaran buat umat Islam, namun pendekatan yang diambil untuk mengatasinya haruslah berpada-pada

Namun, baru-baru ini tular video memaparkan budaya mengejutkan sahur secara berkumpulan yang lazimnya dipraktikkan di negara jiran, kini mula menular di sini.

Tindakan tersebut telah menarik perhatian ramai dan mengundang kritikan masyarakat kerana berpotensi mengganggu ketenteraman awam serta privasi penduduk setempat.

Isu ini turut menarik perhatian pendakwah terkenal, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, yang tampil memberikan ulasan mendalam mengenainya.

SAYS.com
Image via @drrozaimiramleofficial (TikTok)

Boleh mengganggu kententeraman awam

Video yang tular itu memaparkan sekumpulan individu memukul gendang sambil berselawat di sebuah kawasan apartmen di Balakong, Kajang.

Kejadian yang dipercayai bertujuan mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur itu mendapat teguran beliau yang menyifatkan budaya sedemikian tidak sewajarnya dikembangkan di negara ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut berisiko mengganggu ketenteraman awam, memandangkan tidak semua individu diwajibkan bangun bersahur.

"Kita harus sedar ada golongan yang memerlukan rehat secukupnya seperti wanita dalam haid atau nifas, kanak-kanak kecil, serta ibu bapa yang mempunyai bayi. Malah, dalam konteks masyarakat majmuk, tindakan ini dibimbangi boleh menimbulkan rasa kurang senang atau benci dalam kalangan bukan Islam terhadap agama kita," ulas beliau.

Beliau yang juga merupakan Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menegaskan bahawa Islam sendiri tidak memerintahkan amalan sedemikian dilakukan sehingga mengganggu orang lain.

Malah, beliau juga menyeru seluruh masyarakat agar bersatu hati menolak amalan yang boleh mencetuskan gangguan atau salah faham terhadap Islam.

Beliau mengharapkan agar budaya ini dihentikan serta-merta dan tidak lagi dikembangkan demi menjaga keharmonian semua pihak.

Lihat video di bawah:

@drrozaimiramleofficial

Video ini bukan di Indonesia, tapi berlaku di negara kita. Dulu kita selalu tengok perkara ini berlaku di negara jiran, sekarang sudah masuk sedikit demi sedikit ke negara kita. Dr Rozaimi Ramle

♬ original sound – DrRORA – DrRORA

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik