[VIDEO] Belajar Dari Kosong, Cara Lelaki Latih Calon Lesen Motosikal Tarik Perhatian Ramai

Teknik yang bagus.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ada orang belajar naik motor seawal usia sekolah, dan ada juga yang baru mahu mencuba apabila usia sudah dewasa

Sebenarnya, tidak pernah ada istilah 'terlambat' untuk mula belajar apa yang penting adalah kesungguhan untuk memahami rentak mesin dan menjaga keselamatan diri di jalan raya.

Namun, tularnya sebuah video baru-baru ini mengingatkan kita bahawa setiap perjalanan ada rentaknya yang tersendiri.

SAYS.com
Image via @mohdzarizulkifli (TikTok)

Cikgu ajar bawa basikal dahulu sebelum bawa motosikal

Menerusi video di akaun TikTok @mohdzarizulkifli, kelihatan dia sedang mengajar seorang calon lesen motosikal yang dilihat gigih berlatih menunggang basikal sebagai persediaan awal untuk mengimbangi badan.

Video tersebut bertujuan memberi motivasi kepada orang ramai agar tidak malu untuk bermula dari bawah.

Menurutnya, mengendalikan basikal adalah kaedah paling efektif untuk membina kemahiran asas tunggangan sebelum seseorang itu beralih kepada motosikal yang sebenar.

"Jangan pernah malu untuk belajar sesuatu perkara,dalam dunia ni semua orang tak di lahir kan terus pandai,kena belajar dulu usaha dulu baru pandai dalam sesuatu perkara," tulisnya.

Sikap tenang tenaga pengajar tersebut dalam membimbing anak muridnya menyesuaikan diri dengan imbangan basikal mendapat pujian ramai.

Pendekatan yang penuh kelembutan dan kesabaran itu jelas membantu mengurangkan rasa gugup murid berkenaan untuk menguasai asas tunggangan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik