[VIDEO] Ardell Aryana Minta Orang Ramai Rakam Live SOS Sebelum Telefonnya Dibuang Ke Laut
Ya Allah, makin berdebar rasanya. Sikit lagi nak sampai Gaza.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon dan aktivis, Ardell Aryana sekali lagi mengingatkan orang ramai yang melihat live terakhirnya untuk rakam dan sebarkan di semua media sosial tentang sebarang kemungkinan yang berlaku
Menerusi tangkap layar live terbaru di TikTok, difahamkan para pejuang Sumud Flotilla kini sudah memasuki zon kuning dan tidak lama lagi mereka akan tiba di Gaza.
"Saya adalah orang terakhir sekali yang akan angkat tangan dan tundukkan kepala di lantai sebelum saya buang handphone saya ke dalam laut.
"So siapa yang dapat live record tu nanti sebarkan sebanyak-banyaknya. Start je masuk zon kuning ke zon merah, ready untuk record live SOS saya dan live SOS daripada Kak Zizi atau daripada Rahmat untuk tunjukkan perkara yang sebenar. So tak ada manipulatif daripada pihak Israel" katanya.

Menurutnya, tujuan live SOS dibuat adalah untuk menunjukkan kepada semua orang apa yang sedang terjadi
"Supaya orang nampak ini adalah misi tanpa senjata. Kita akan buktikan supaya diaorang tak boleh manipulate kata kita ni terrorist ke apa.
"Live tu dia takkan lama, sekejap je. Dia perlukan masa dalam lima minit saja. Kita akan berhadapan dengan tentera unit 13, komando-komando Shayantik, antara yang digeruni jugalah," katanya lagi.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 