[VIDEO] Aksi Berani Tengku Hassanal Berjaya Buat Terjunan Bebas Curi Perhatian Ramai

Kejayaan tersebut dicatat menerusi Selective Training Record (STR) Latihan Kursus Pasukan Khas Udara (PASKAU) di Pangkalan Udara Gong Kedak.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencatat sejarah apabila berjaya menamatkan Latihan Penerjunan Bebas pada ketinggian 10,000 kaki di Besut, Terengganu, semalam

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, momen bersejarah itu lebih bermakna apabila terjunan yang memperlihatkan keberanian serta semangat tinggi baginda turut disaksikan sendiri oleh ayahanda, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah.

"Kejayaan tersebut dicatat menerusi Selective Training Record (STR) Latihan Kursus Pasukan Khas Udara (PASKAU) di Pangkalan Udara Gong Kedak.

"Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku melakukan dua kali terjunan iaitu pada pukul 2.30 petang dan 4.15 petang,"
tulis di hantaran itu.

SAYS.com
Image via Kesultanan Pahang (Facebook)

Baginda dilihat berbangga dengan pencapaian yang dilakukan

Sementara itu, Paduka Baginda dilihat amat berbangga dengan pencapaian tersebut yang bukan sahaja mencabar keupayaan diri, malah menuntut disiplin tinggi, kekuatan mental serta ketahanan fizikal.

Pencapaian ini sekali gus menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk berani mencuba perkara baharu serta menanam nilai keberanian dan ketabahan dalam menghadapi cabaran.

SAYS.com
Image via Kesultanan Pahang (Facebook)
SAYS.com
Image via Kesultanan Pahang (Facebook)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: