[VIDEO] Abang Askar Sado Janji Akan Buat ‘Kejutan’ Masa Perbarisan 31 Ogos Ini

Wow, tak sabar nak tengok kejutan apakah itu?

Enlarge text
Cover ImageCover image via @Raje469 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penampilan abang-abang askar berbadan sasa semasa raptai sambutan Hari Kebangsaan 2025 baru-baru ini sememangnya berjaya mencuri tumpuan netizen

Ramai yang bersorak kagum dengan ketegapan unit tentera darat yang tampil segak beruniform.

Menurut laporan Kosmo!, dalam satu temu ramah bersama Era, salah seorang anggota tentera darat memberitahu bahawa mereka bakal buat kelainan semasa perarakan sebenar pada 31 Ogos nanti.

SAYS.com
Image via @Raje469 (TikTok)Image via

"Aset kita masih sama cuma mungkin ada perubahan pada senjata, pakaian dan formasi pergerakan, kita juga akan buat kejutan," katanya.

Bukan itu saja, anggota ATM siap berseloroh bahawa mereka mahu 'tapau' populariti pasukan lain

"Kami akan tapau semua. Setakat ini saingan kami ialah bomba. Tapi mereka masih tak dapat nak ligan kami," katanya berseloroh.

Sebelum ini, kelibat beberapa anggota tentera sasa yang sempat dirakam oleh pengguna TikTok @Raje469 semasa raptai Merdeka 2025 terus mencuri perhatian ramai.

Ada yang komen macam tengok perarakan fashion show, ada juga yang kata nak tunggu depan barisan askar masa hari kejadian nanti.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik