Varian Baharu Covid-19 XFG Kini Dikesan Di Malaysia

Bagaimanapun, Dzulkefly tidak memaklumkan jumlah pesakit dijangkiti varian baharu itu atau bila jangkitan itu mula dikesan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai XFG

Varian itu dikesan daripada 43,087 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-35/2025 sehingga 6 September lalu.

Dalam satu ciapan di laman X, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memaklumkan bahawa varian tersebut menyumbang sebanyak 8.2 peratus daripada keseluruhan kes berkenaan, sekali gus menandakan kewujudannya semakin ketara dalam penularan semasa.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Varian XFG mula dikesan di Asia Tenggara pada Januari lalu

Menurut beliau, varian XEC turut dikenal pasti menyumbang kepada 13.3 peratus daripada keseluruhan jangkitan Covid-19, manakala 21 peratus lagi melibatkan pelbagai varian lain.

Namun begitu, Dr Dzulkefly tidak memperincikan jumlah pesakit yang dijangkiti varian baharu berkenaan atau bila ia mula dikesan dalam komuniti.

"Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada 2024 iaitu penurunan 49.5 peratus.

"Kes mingguan pada ME35 adalah 594, penurunan sebanyak 12.8 peratus berbanding 681 kes pada ME34,"
katanya.

SAYS.com

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Image via Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, varian XFG mula dikesan di Asia Tenggara pada Januari lalu dan pada Jun, ia diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian di bawah pemantauan berikutan kadar penularannya yang pantas di seluruh dunia.

WHO turut mengesahkan varian ini sebagai rekombinan atau hibrid daripada dua varian Omicron sedia ada, iaitu LF.7 dan LP.8.1.2.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI) mengesahkan XFG telah menjadi varian dominan di negara itu susulan peningkatan kes secara setempat yang mula dikesan sejak awal Julai.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Dzulkefly memaklumkan bahawa KKM merekodkan satu kematian baharu pada Minggu Epidemiologi 35/2025 melibatkan seorang warga emas berusia 91 tahun yang terlantar sakit.

Secara keseluruhan, sehingga kini, tiga kematian akibat jangkitan COVID-19 telah direkodkan pada ME 24/2025, ME 30/2025 dan ME 35/2025.

SAYS.com
Image via @DrDzul (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: