Uyaina Arshad Tinggalkan WHI Selepas 9 Tahun – “Tak Ada Sengketa, Saya Yang Pilih Untuk Pergi”
Selamat tinggal Uyaina, all the best!
Cover image via @uyainaarshad (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas hampir satu dekad mewarnai kaca televisyen menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI), Uyaina Arshad akhirnya mengucapkan selamat tinggal
Dalam satu hantaran emosional yang dimuat naik ke media sosialnya semalam, pengacara dan personaliti televisyen itu memaklumkan bahawa keputusan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai pengacara WHI adalah pilihan peribadinya, bukan kerana sebarang konflik atau salah faham.
"Selamat tinggal WHI. Hari ini (semalam) adalah hari terakhir Uyaina mengacarakan program WHI. Uyaina yang memilih untuk pergi. Tak ada sengketa, tak ada salah faham.
"WHI adalah rumah saya dan pasukan WHI adalah keluarga saya. Saya sayang program ini sama seperti sayangnya saya kepada setiap individu yang menjayakan program ini. Kalau ada yang tertanya kenapa, Jawapannya cuma satu, iaitu kerana sudah tiba masanya," tulisnya.


Uyaina turut menyifatkan WHI sebagai rumah keduanya, dan mengakui perpisahan ini bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan
"Bukan mudah untuk buat keputusan ini, tapi saya rasa dah tiba masanya untuk seorang Uyaina Arshad mengorak langkah menuju sesuatu yang baharu. Kadangkala, anda cuma perlu tahu, bila masa yang sesuai untuk pergi.
"Alhamdullilah… Pencapaian terbesar saya adalah diberi kepercayaan tahun demi tahun untuk mengemudi sebuah program sehebat WHI selama sembilan tahun. Ia bukanlah suatu tempoh yang singkat. Masya-Allah. Ia adalah sesuatu yang sangat saya banggakan," tulisnya lagi.
Uyaina turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudah dianggap seperti guru buatnya dalam dunia pengacaraan.

"Di sinilah tempat saya belajar menjadi seorang pengacara yang baik. Menyusun setiap kata-kata, menjaga sensitiviti, menghidupkan suasana dan paling penting, menghiburkan dan menyampaikan ilmu sebaiknya kepada penonton.
"Terima kasih kepada guru pertama dan juga rakan penyampai pertama saya, Kak Rena dan Kak Fiza. Waktu tu, cuma kami bertiga. Banyak ilmu yang mereka curahkan kepada saya dan mengajar saya untuk menjadi seorang pengacara yang berilmu dan beretika.
"Terima kasih rakan-rakan pengacara yang lain, Abang Fahrin, Sugee, Fatin, Syira. Saya berbesar hati dapat mengacara di samping kalian sepanjang sembilan tahun ini! Teruskan legasi WHI!" katanya.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



