Uyaina Arshad Kecam Buli Siber – “Kelakuan Macam Ni Diterima Ke Zaman 2025?”
Menurut Uyaina, selama ini dia hanya berdiam diri tetapi tidak kali ini kerana terlalu melampau.
Cover image via @uyainaarshad (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama pengacara dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila beberapa pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang terhadap dirinya secara terbuka di aplikasi Threads
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Uyaina di akaun Instagramnya berserta tangkap layar, individu berkenaan menyatakan bahawa dia tidak gemar menonton mana-mana program yang dikendalikan oleh Uyaina dan akan serta-merta menukar saluran apabila melihat wajah pengacara itu di kaca TV.
Namun, apa yang menimbulkan persoalan adalah kenyataan tersebut dibuat tanpa sebarang penjelasan atau sebab yang jelas.
Apa yang lebih membimbangkan, hantaran tersebut kemudiannya menarik perhatian ramai pengguna lain yang turut memberi komen negatif seolah-olah bersetuju dan mengambil kesempatan untuk menyuarakan kritikan secara kolektif terhadap Uyaina.



Menyedari perkara itu menjadi tular dan namanya diperkatakan secara meluas, Uyaina tampil memberikan kenyataan balas dengan nada tenang, namun jelas kecewa
"Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang berjemaah macam ni? Is this okay? Behaviour ni accepted ke di zaman 2025 ni?
"Saya faham, kita tak boleh nak buat semua orang suka kita. Dan kalau sepanjang 9 tahun saya mengacara atau berlakon, ada yang tak suka, itu hak masing2. Dan saya minta maaf.
"Yang penting, saya jalankan tanggungjawab saya sebagai pengacara sebaiknya dan menghiburkan, menyampaikan ilmu/info/manfaat yang berguna kepada masyarakat juga sebaiknya," katanya.


