Ustazah Asma’ Harun Tegur Jangan Dibuat Lagi Trend Joget Sambil Ambil Duit Raya

Menurutnya, menerima duit raya sepatutnya dilakukan dengan penuh adab dan kesyukuran.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali musim raya tiba, pasti akan muncul pelbagai trend baharu di media sosial

Namun bagi penceramah bebas, Asma' Harun, ada satu trend yang dirasakan semakin melampaui batas adab.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, beliau sekali lagi menegur trend berjoget ketika menerima duit raya yang semakin tular sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, perbuatan tersebut bukan sahaja kurang sopan malah boleh menghilangkan sifat malu yang sepatutnya dijaga dalam masyarakat.

SAYS.com

Pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun

Image via Kosmo!

"Jangan dibuat lagi tahun ni trend ambil duit raya berjoget-joget. Tua muda jadi hilang sopan dan sifat malu," katanya.

Tambahnya, menerima duit raya sepatutnya dilakukan dengan penuh adab dan kesyukuran.

Beliau menjelaskan, adat yang lebih baik adalah memberi salam, mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas rezeki yang diberikan.

"Bila ada yang beri duit raya, ikutlah adab dan adat kita. Pertama, salam. Kedua, ucap terima kasih. Ketiga, bersyukur atas rezeki Allah beri,"
jelasnya.

Bimbang jadi perbuatan maksiat terbuka

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa perbuatan melakukan perkara tidak baik secara terbuka dan dikongsi di media sosial boleh termasuk dalam kategori 'mujaharah'.

Ia merujuk kepada perbuatan melakukan maksiat secara terang-terangan yang ditegah dalam agama.

"Perbuatan mengisytiharkan maksiat iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan adalah antara dosa besar yang dicegah dalam agama," katanya.

Tahun lalu, beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila trend sama menjadi ikutan ramai wanita Islam daripada pelbagai peringkat umur.

"Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena joget kemudian rakam dan hantar di media sosial. Ramai wanita Islam tua dan muda buat sama," katanya lagi.

Lihat hantaran Facebook di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via