Ustaz Didenda RM18,200 & Mengaku Bersalah Pukul Pelajar Madrasah Hingga Cedera

Kes disiasat selepas rakaman video menunjukkan tertuduh menyerang sekumpulan pelajar madrasah tular di media sosial.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki yang tular kerana menyerang sekumpulan pelajar madrasah dijatuhi denda keseluruhan RM18,200 oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini

Tertuduh, Saifur Rahman Mohd Ismail, 38, membuat pengakuan bersalah ke atas 13 pertuduhan menyebabkan kecederaan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Mahkamah menetapkan denda RM1,400 bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar.

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh telah menjelaskan bayaran denda tersebut.

Saifur mengaku bersalah secara sukarela atas tindakan mendatangkan kecederaan terhadap 13 mangsa berusia 14 hingga 20 tahun dalam insiden pada 14 Disember lalu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Kesemua mangsa mengalami kecederaan selepas dipukul oleh tertuduh menggunakan topi keledar

Kejadian berkenaan berlaku dalam tempoh singkat antara jam 11.55 malam hingga 11.58 malam di hadapan premis Gaming Zone, Bandar Sierra, Kota Kinabalu, Sabah.

Sabitan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000.

Dalam rayuannya, peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman memohon keringanan hukuman memandangkan tertuduh merupakan seorang ustaz di sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan ini adalah kesalahan pertamanya.

"Berdasarkan fakta kes, tertuduh mendapati mangsa melarikan diri dari 'asrama' sekitar jam 11.30 malam dan itu menyebabkan dia berang.

"Walaupun itu bukan alasan untuk memukul mereka, ia menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan. Dapatan kes juga menunjukkan mangsa hanya mengalami kecederaan tisu lembut dan lebam,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Siasatan mendedahkan bahawa insiden serangan menggunakan topi keledar itu berlaku pada 14 Disember sekitar jam 11.55 malam di sebuah kedai Gaming Zone, Bandar Sierra.

Perbuatan tertuduh terhadap 13 pelajar lelaki tersebut dirakam sepenuhnya oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian tanpa disedarinya.

Ekoran penularan video berkenaan, pihak berkuasa sendiri telah mengambil inisiatif membuat laporan polis pada keesokan harinya memandangkan tiada laporan dibuat oleh mangsa mahupun ibu bapa mereka.

Kesemua mangsa disahkan mengalami kecederaan tisu lembut selepas menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak serta Hospital Queen Elizabeth.

Dalam prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon hukuman setimpal dikenakan atas faktor kepentingan awam dan keseriusan kesalahan.

Beliau menegaskan bahawa niat baik tertuduh tidak sesekali menghalalkan tindakan yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya, hukuman terbabit amat penting sebagai pengajaran bagi mengelakkan kesalahan berulang serta memberi mesej tegas bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk keganasan fizikal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: