Usahawan Beli Set Kain Kafan Premium Ditegur Mufti – “Janganlah Kamu Berlebih-Lebihan”

Menurut usahawan itu, dia mengenakan busana terbaik semasa hidup, begitu juga pakaian yang diinginkan selepas meninggal dunia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan seorang usahawan terkenal, Haliza Maysuri yang berkongsi pembelian set kelengkapan jenazah termasuk kain kafan premium rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial

SAYS.com
Image via @halizamaysuri (Instagram)

Meerusi video yang dimuat naik di media sosialnya, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet, khususnya apabila Haliza menyatakan hasratnya untuk dikafankan dengan kain kafan berjenama sebagai wasiat peribadi.

Dalam video tular berkenaan, Haliza menyebut bahawa sebagaimana dia mengenakan busana terbaik semasa hidup, begitu juga pakaian yang diinginkan selepas meninggal dunia.

Kenyataan itu sekali gus membuka ruang kepada perbahasan berkaitan kesederhanaan, niat dan batasan dalam membuat persiapan menghadapi kematian menurut perspektif Islam.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman

SAYS.com

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman

Image via Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata, membelanjakan wang dalam jumlah besar untuk kain kafan mewah atau berjenama bukanlah amalan yang dianjurkan dalam Islam dan tidak memberi sebarang kelebihan kepada si mati di alam barzakh.

Beliau menegaskan bahawa Islam menggalakkan umatnya memanfaatkan harta ke jalan yang lebih memberi faedah berpanjangan seperti sedekah jariah, wakaf dan membantu golongan memerlukan.

Ini selari dengan hadis Rasulullah SAW yang menyebut bahawa amalan manusia terputus selepas kematian kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh.

"Janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan (Surah al-A'raf: 31)," katanya.

SAYS.com
Image via @halizamaysuri (Instagram)

Mengulas dari sudut hukum, beliau menjelaskan bahawa menyediakan kain kafan semasa hidup adalah dibolehkan dan tidak bercanggah dengan syarak selagi tidak disertai niat yang salah.

Namun, perbuatan itu bukanlah satu tuntutan sunnah yang dianjurkan secara khusus, sebaliknya tergolong dalam perkara harus yang bergantung kepada niat, keperluan dan keadaan individu.

Apa yang lebih membimbangkan, jelas beliau, ialah apabila pembelian kain kafan mahal disertai unsur riak dan bermegah-megah, lebih-lebih lagi jika dipamerkan di media sosial.

Perbuatan sedemikian boleh termasuk dalam syirik kecil, iaitu riak, yang bukan sahaja menghilangkan pahala malah menjadikan amalan zahir tidak bernilai di sisi Allah SWT.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa syariat Islam menekankan kesederhanaan dalam urusan kematian

Kain kafan yang dianjurkan adalah daripada kain kapas biasa, berwarna putih, serta tidak mewah dan mahal.

"Apatah lagi, kain kafan akan terurai dan dimakan oleh tanah (bumi) dengan cepat. Justeru, tidak ada makna mahupun faedah berlebih-lebihan dengannya. Memilih kain kafan daripada jenis kain atau pakaian yang mewah termasuk dalam bab pembaziran yang dilarang," katanya lagi.

Beliau menegaskan, kematian bukan medan untuk menzahirkan status atau gaya hidup duniawi, sebaliknya peringatan bahawa segala kemewahan akan ditinggalkan. Hakikatnya, apa yang dibawa ke alam kubur bukanlah jenama kain kafan, tetapi iman, amal soleh dan keikhlasan hati.

Lihat video di bawah:

Fetching content

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Image via