Uqasha Senrose Terkilan Tarikh Akad & Sijil Nikah Berbeza

Semoga Uqasha dan Kamal dapat selesaikan masalah mereka dengan baik.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon popular, Uqasha Senrose, mencetus perhatian ramai selepas tampil mendedahkan wujud percanggahan antara tarikh akad nikah sebenar dengan tarikh yang tercatat dalam sijil perkahwinannya bersama Kamal Adli

Menerusi hantaran di Instagram, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menjelaskan bahawa dia dan Kamal telah dinikahkan pada 5 November 2021, jam 9 pagi.

Namun menurutnya, tarikh yang tercatat pada sijil nikah menunjukkan akad nikah berlaku pada 4 November 2021, jam 9.30 malam iaitu sehari lebih awal daripada pengetahuannya.

"Allah Maha Besar Masyallah. Satu lagi, aku dinikahkan dan di akad atas PENGETAHUAN AKU PADA 5/11/2021 jam 9pagi ,TAPI RUPANYA di SIJIL NIKAH AKU DINIKAHKAN 4/11/2021 pada jam 9.30MALAM … TANPA PENGETAHUAN KU Allahuakhbar .. ? ? 🙏🏻 lepas found out prosiding mahkamah pagi tadi DAN SAYA TIDAK TAHU SAYA DINIKAH PADA TARIKH TERSEBUT," dedahnya.

SAYS.com
Image via @uqashasenrose2 (Instagram)

Persoal kesahihan nikah

Pelakon filem Bisikan Dosa itu turut menzahirkan keraguan terhadap kesahihan pernikahannya di sisi agama apabila menyedari percanggahan tersebut.

Uqasha dilihat memohon penjelasan daripada golongan agamawan untuk membantu menjawab persoalan yang membelenggunya.

Sebelum ini, Uqasha dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Hakim kemudian menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh baharu prosiding selepas pihak defendan, iaitu Kamal, tidak hadir ke mahkamah pada prosiding pertama.

Menurut peguam yang mewakili Uqasha, permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, dengan alasan tiada lagi persefahaman antara pasangan tersebut.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik