Pelajar Junior 8 Tahun Diupah RM3 Untuk Seks Oral, Jadi Pemuas Nafsu Pelajar Senior

Mangsa pada mulanya memberitahu dia diliwat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Seorang pelajar junior Maahad Tahfiz di Pasir Puteh, Kelantan berusia 8 tahun dilaporkan telah melakukan seks oral terhadap seorang pelajar senior berusia 13 tahun dengan bayaran upah RM3

Mangsa melakukan hal sedemikian sebanyak dua kali pada jam 5.30 petang pada 10 dan 11 Oktober lalu setelah diajak pelajar senior tersebut melakukan perbuatan jijik berkenaan di dalam bilik stor di bangunan sekolah itu.

Menurut **Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman**, dalam kejadian pertama, mangsa hanya diajak melakukan seks oral tanpa sebarang upah.

Namun, keesokan harinya mangsa sekali lagi diajak untuk melakukan perbuatan sama dan ditawarkan dengan wang ringgit.

Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman menunjuk gambar mangsa.

Image via Sinar Harian

Beliau berkata, kejadian itu terbongkar selepas 11 hari kemudian susulan mangsa yang kebetulan mengalami demam dan diziarahi ahli keluarganya di sekolah tersebut

Sementara itu, dalam kes yang berlainan, ahli akademik tidak menolak kemungkinan ada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang sanggup menawarkan khidmat seks sebagai rasuah kepada pensyarah bagi menaikkan gred peperiksaan

Menurut **bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar**, bagaimanapun kes-kes seumpama itu tidak dilaporkan dan dilakukan atas dasar suka sama suka.

Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Image via UiTM ONLINE

Mengulas lanjut, Sahol Hamid berkata, pensyarah seharusnya membuat laporan kepada pihak atasan bagi membolehkan IPT berkenaan mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit

Sementara itu **pakar kriminologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin** berkata, perkara ini biasanya terjadi kepada pensyarah lelaki.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Golongan kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan apa yang ditonton mereka. Adakah ibu bapa sedar akan hal ini?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: