Universal Music Malaysia Turunkan Video Muzik Dolla Terbaru Susulan Ditegur Menteri Agama
Difahamkan, video tersebut dianggap tidak sesuai dan mencolok mata.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Universal Music Malaysia telah menurunkan video muzik terbaru kumpulan Dolla yang viral kerana penampilan ahli kumpulan itu
Pemakaian ketiga-tiga ahli kumpulan Dolla berkenaan difahamkan dianggap tidak bersesuaian dan mencolok mata penonton.
Penurunan video berjudul 'Question' tersebut dibuat selepas Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengatakan batas perlu dijaga beserta masyarakat majmuk di negara ini.
Susulan itu, Universal Music Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan menurunkan video terbabit dari kesemua media sosial mereka.


"Sebagai sebuah syarikat rakaman yang beroperasi dalam ekosistem majmuk seperti di Malaysia, kami sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama dan pandangan peminat," kata Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim.
Komited untuk memastikan setiap perancangan kreatif melalui proses lebih ketat
Menurut laporan di Harian Metro, Universal Music Malaysia mengambil serius semua maklum balas dan bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kekhilafan yang berlaku.
"Keputusan untuk menurunkan video muzik itu adalah langkah wajar demi menjaga keharmonian dan rasa hormat semua pihak," katanya dalam kenyataan, hari ini." katanya.

Universal Music Malaysia menegaskan mereka akan memastikan setiap perancangan kreatif kini akan melalui proses semakan lebih ketat termasuk perbincangan dalaman dan konsultasi profesional terlebih dahulu.
Pihak syarikat juga berterima kasih kepada peminat serta masyarakat untuk memberi maklum balas secara terbuka dan berharap agar perkara berkenaan ditangani secara baik tanpa menjejaskan hubungan artis, peminat dan komuniti muzik tempatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 