Umur 16 Tahun Penanda Aras Yang Sesuai Guna Media Sosial Menurut Doktor Neurologi Pediatrik

Perkara ini berkait dengan akses dan kesediaan pengguna.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Campaign Brief Asia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Media sosial telah menjadi satu kewajipan untuk penggunaan dalam kehidupan seharian

Pakar mengatakan isu ini bukan lagi kerana akses yang berkurang tetapi sama ada remaja di bawah umur 16 tahun sudah bersedia untuk menggunakan media sosial atau tidak.

Kajian mengatakan pendedahan awal ini memberi impak kepada perkembangan otak terutamanya berkaitan dengan membuat keputusan, memberikan pendapat dan kawalan kendiri.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via KlikDokter

Perkembangan otak, peraturan yang terhad

Menurut laporan daripada New Straits Times, Doktor Neurologi Pediatrik, Dr Poorani Anandakrishnan dari Hospital Pantai mengatakan masa remaja dipengaruhi oleh tumbesaran otak pantas tetapi tidak sekata.

SAYS.com

Doktor Neurologi Pediatrik, Dr Poorani Anandakrishnan / Hospital Pantai

Image via Pantai Hospitals

"Bahagian korteks prefrontal, untuk pemikiran logik dan kawalan kehendak hati membangun dengan lebih perlahan dari amygdala yang mengawal emosi. Ketidakstabilan ini membawa kepada keputusan yang dibuat mengikut perasaan, emosi lebih kuat dan pengambilan risiko," katanya.

Tambahan beliau, bagi remaja yang berumur 10 hingga 12 tahun, dopamin dan oxytocin yang diterima juga meningkat, menyebabkan pra-remaja sangat sensitif kepada perhatian dan penerimaan sosial.

Pelantar media sosial direka untuk menarik perhatian

"Likes, notification, dan scrolling tanpa had menjadi stimulasi untuk melepaskan dopamine, sekaligus menguatkan perilaku kompulsif. Untuk otak yang masih membesar, perkara ini boleh memberi kesan jangka panjang," ujar Dr Poorani.

Pensyarah Senior Fakulti Sains Komputer & Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Suzana Zambri juga mengatakan algoritma juga meningkatkan tahap interaksi.

SAYS.com

Pensyarah Senior Fakulti Sains Komputer & Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Suzana Zambri

Image via New Straits Times

"Lebih banyak pengguna berinteraksi, lebih banyak kandungan sama akan ditunjuk kepada mereka, ini telah mencipta satu lingkaran yang menyebabkan mereka ini berada di atas talian lebih lama," kata Suzana.

Mengehadkan pemikiran dan pembelajaran

Penggunaan peranti yang berlebihan juga dikaitkan dengan tahap fokus yang mengurang, memori lemah dan prestasi akademik merudum.

"Perubahan aktiviti otak boleh menyebabkan kelesuan kemahiran kognitif, mengurangkan fokus dan kurangnya usaha yang berterusan," kata Dr Poorani lagi.

Kandungan yang terlalu laju menggangu fokus dan pemprosesan informasi.

Tekanan emosi dan sosial

Kesan psikologi akan muncul apabila pengguna muda menggunakan platform terutamanya mereka yang masih belum bersedia untuk menghadapinya.

Konsultan Psikologi Hospital Pantai dan pengasas Synnea Sdn Bhd, Katyana Azman Frost mengatakan lebih kurang 80% remaja bawah 16 tahun aktif di Instagram dan TikTok.

"Sepanjang kerjaya klinikal, lebih 80% remaja bawah 16 tahun aktif di Instagram dan TikTok, 5% dari jumlah ini menghadapi keresahan dan kemurungan. Media sosial bukanlah punca utama, tetapi ia menjadi salah satu isu yang berkaitan," ujar Katyana.

SAYS.com

Konsultan Psikologi Hospital Pantai dan pengasas Synnea Sdn Bhd, Katyana Azman Frost

Image via New Straits Times

Menurut pakar, melambatkan akses media sosial kepada remaja lebih banyak memberikan faedah kepada perkembangan.

"Ia bukanlah perlindungan yang sempurna, faedah ini memberikan mereka asas yang lebih kuat untuk mengendali tekanan digital," tambah Dr Poorani.

Kebiasaannya, 16 tahun adalah umur yang mempunyai kawalan emosi lebih baik dan tidak lebih mudah terpengaruh.

Setakat ini, kerajaan hanya mengumumkan mengenai pengharaman media sosial untuk remaja dan kanak-kanak bawah 16 tahun. Kerajaan menyasarkan larangan ini dijangka bermula pada Julai tahun ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: