Ummi Mashitah Hadiahkan Emas Kedua Silat Negara, Bermula Tanpa Asas Hanya Dalam Dua Tahun

Tahniah diucapkan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & BERNAMA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua tahun lalu, nama Ummi Mashitah Hassan langsung tidak pernah dikaitkan dengan sukan silat

Malah, atlet kelahiran Miri, Sarawak itu mengakui dirinya tidak mempunyai sebarang asas dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Namun hari ini, Ummi mencipta sejarah peribadi dan negara apabila merangkul pingat emas kelas C (55-60 kilogram) pada Sukan SEA Thailand, sekali gus menghadiahkan emas kedua buat kem silat Malaysia.

Menurut laporan Berita Harian, beraksi di Hall 4, Impact Arena, Muang Thong Thani, pesilat berusia 22 tahun itu mempamerkan aksi penuh keyakinan sebelum menewaskan wakil tuan rumah, Anuntaya Niyompan dengan keputusan 104-88 mata pada perlawanan akhir.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Kejayaan itu dianggap luar biasa memandangkan perjalanan Ummi dalam dunia silat bermula secara tidak sengaja

Dia hanya mencuba sukan tersebut selepas menyertai Kelab Silat Gayong Ghaib di kampung halamannya sekitar dua tahun lalu.

Daripada sekadar mencuba, Ummi kemudiannya menjalani latihan secara serius sehingga berjaya menembusi skuad Sarawak. Prestasi cemerlangnya diteruskan apabila meraih pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) dalam kategori B (50-55kg), sebelum menarik perhatian Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) untuk menyertai skuad kebangsaan.

Menurut Ummi, segala pencapaian yang diraih hari ini adalah hasil usaha berterusan serta kepercayaan penuh terhadap rezeki yang ditentukan Tuhan.

SAYS.com
Image via Sinar HarianImage via

"Dua tahun lepas memang saya tak tahu apa-apa langsung mengenai silat. Saya tak ada asas. Alhamdulillah, dengan usaha dan percaya kepada rezeki Allah, akhirnya saya sampai ke tahap ini," katanya.

Ummi turut menekankan peranan besar keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan doa sepanjang perjalanannya sebagai atlet.

"Keluarga sentiasa beri sokongan penuh dan doakan kejayaan saya. Saya percaya kejayaan ini juga kerana doa orang-orang sekeliling saya," katanya lagi.

Bagaimanapun, laluan Ummi untuk meraih emas tidak mudah apabila dia berdepan cabaran kesihatan selepas dijangkiti virus influenza dua hari sebelum acara dipertandingkan.

Menurutnya, kesan demam menyebabkan berat badannya turun sehingga lima kilogram, sekali gus memaksanya berusaha keras untuk menaikkan semula berat badan agar kekal dalam kategori dipertandingkan.

"Setiap pagi berat saya turun ke 53 atau 54 kilogram. Jadi saya perlu makan dan minum air sehingga tiga botol sehari untuk kekalkan berat," jelasnya.

Kejayaan Ummi Mashitah bukan sahaja melengkapkan kutipan emas negara, malah menjadi bukti bahawa disiplin, keazaman dan kepercayaan kepada proses mampu mengubah seseorang daripada kosong asas kepada juara di pentas antarabangsa dalam tempoh singkat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: