Umat Islam Dinasihatkan Jangan Normalisasi Amalan Peluk Anjing – Ustaz Dr Izhar Ariff

Memberi makan, menyediakan perlindungan, memberi rawatan, dan memastikan haiwan tidak disakiti sudah memadai.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Islam tidak menghalang umat untuk menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan termasuklah anjing

Tetapi perbuatan ini mestila dibatasi dengan mengikut garis panduan supaya selari dengan tuntutan syarak.

Menurut laporan dari Harian Metro, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim mengatakan keseimbangan antara nilai rahmah dan disiplin agama perlu difahami oleh masyarakat.

Kebelakangan ini banyak video menunjukkan orang beragama Islam di Malaysia memegang anjing tanpa mengikut tuntutan syarak

Banyak juga video-video kesedaran masyarakat untuk kebajikan haiwan yang tampil membantu haiwan terbiar seperti memberi makan, rawatan dan perlindungan.

"Namun, timbul satu trend baharu yang wajar diperhalusi iaitu amalan memeluk, membelai dan mendukung anjing seperti haiwan peliharaan biasa atas alasan kasih sayang.

"Persoalan utama yang perlu diberi perhatian ialah sama ada semua bentuk ekspresi kasih sayang itu benar-benar selari dengan tuntutan syarak,"
katanya.

Islam telah menetapkan garis panduan mengenai pemeliharaan anjing

Menurut beliau, Islam telah menetapkan garis panduan tertentu berkaitan anjing, secara khusus mengikut kerangka Mazhad Syafi'i yang majoritinya menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

"Menyayangi haiwan tidak semestinya diterjemahkan melalui sentuhan fizikal seperti memeluk atau mendukung," katanya.

"Memberi makan, menyediakan perlindungan, mendapatkan rawatan veterinar serta memastikan haiwan tidak disakiti sudah memadai sebagai manifestasi ihsan," katanya lagi.

SAYS.com

Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Image via Harian Metro

Jelas beliau, Islam telah memberi panduan untuk membezakan antara keperluan dan gaya hidup dalam isu pemeliharaan anjing, namun ia tertakluk kepada keperluan al-hajah dan bukan secara mutlak.

Islam tidak melarang sepenuhnya, tetapi keadaan yang dibenarkan adalah termasuk keselamatan seperti anjing penjaga, aktiviti pemburuan atau pngesanan, serta bantuan khas untuk golongan orang kurang upaya.

Dr Izhar juga menjelaskan, menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan untuk dimanja secara fizikal tanpa keperluan jelas adalah perkara yang diperselisihkan ulama dan dalam konteks masyarakat Malaysia dan tidak digalakkan.

Kesucian beribadah tidak boleh dipandang ringan kerana sentuhan dengan najis mughallazah tanpa pengurusan yang betul menjejaskan sah solat.

Anjing telah dikategorikan sebagai najis mughallazah (najis berat) yang memerlukan seseorang itu perlu menyamak apabila berlaku sentuhan dalam keadaan basah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: