Ular Sawa Batik Jatuh Dari Siling Rumah, Penduduk Terkejut Lihat Saiz ‘Sebesar Anaconda’

Ular sawa itu panjang tiga meter dan berat kira-kira 60 kilogram (kg).

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, dalam sebuah rumah biasa, rupa-rupanya ada 'penghuni' lain yang jauh lebih menggerunkan

Menerusi laporan Berita Harian, Zaiton, yang mengetuai operasi telah menangkap ular sawa di sebuah rumah di Taman Bandar Baru PKNK pada Rabu lalu.

Beliau memberitahu sepanjang 18 tahun berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan Awam (APM), beliau memaklumkan bahawa ular sawa berkenaan adalah yang kedua terbesar pernah berjaya ditangkapnya.

"Ketika ular sawa itu jatuh dari siling rumah, saya dan anggota lain masing-masing terkejut kerana tidak menyangka ular itu bersaiz besar seperti anaconda.

"Kami masing-masing melihat reptilia itu jatuh dan cuba mencari jalan untuk menangkapnya kerana tidak menyangka saiznya besar seperti itu," katanya.

SAYS.com
Image via Facebook

Tambahnya, berdasarkan pengalaman dan ketua dalam operasi ini, beliau telah mengarahkan anggota supaya menangkap ular sawa itu dengan berhati-hati kerana tak tahu keadaannya bimbang tertangkap bahagian kepalanya.

"Kami pernah terima panggilan di rumah penghuni yang sama kira-kira tiga bulan lalu tetapi apabila sampai, ular itu tiada malah kami menjangkakan ia sudah turun dari siling rumah berkenaan.

"Tapi masa operasi Rabu lalu, ular sawa itu akhirnya berjaya ditangkap dan saya menarik bahagian badannya manakala anggota lain masing-masing menarik ekor dan menunggu untuk menangkapnya," katanya.

Nenek yang mempunyai dua cucu berjaya menangkap seekor ular

Zaiton, yang juga nenek kepada dua cucu, menjelaskan bahawa kejadian itu disedari pemilik rumah ketika ingin memasuki bilik air, selepas pintu bilik sukar untuk dibuka.

Semasa menolak pintu berkenaan, sebahagian daripada siling rumah pecah, dan pada ketika itu pemilik rumah ternampak sesuatu menyerupai kain batik, lantas mengesyaki kehadiran haiwan dan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) sekitar jam 4 petang.

"Ular sawa itu panjang tiga meter, berat kira-kira 60 kilogram (kg) nampak ia seperti anaconda dan ketika jatuh, bunyinya sangat kuat," katanya.

Zaiton menambah, ular sawa tersebut sangat agresif ketika jatuh ke lantai dan masuk ke celah mesin basuh.

"Kepala dia masuk di celah mesin basuh itu dan bayangkan mesin basuh yang berat itu berjaya ditolak hingga bergerak.

"Cabaran kami hendak menangkapnya agak sukar kerana saiznya yang besar dan berat tetapi syukur akhirnya berjaya juga ditangkap," katanya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: