UK Kuat Kuasa Larangan Iklan Makanan Tidak Sihat Di TV Bagi Tangani Obesiti Kanak-Kanak

Peraturan berkenaan dijangka dapat mengurangkan bilangan kanak-kanak yang mengalami obesiti sebanyak 20,000 orang.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan United Kingdom (UK) kini menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap pengiklanan makanan tidak sihat sebagai langkah drastik menangani isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan

Memetik laporan Bernama, peraturan terbaharu itu menetapkan bahawa produk makanan dan minuman yang tinggi kandungan lemak, garam, serta gula dilarang daripada diudarakan di televisyen sebelum jam 9 malam.

Selain itu, sebarang bentuk promosi melalui iklan berbayar di platform dalam talian adalah dilarang sepenuhnya tanpa mengira waktu.

Menurut Jabatan Kesihatan, langkah ini bertujuan memastikan golongan kanak-kanak tidak lagi dihujani dengan kempen pemasaran makanan tidak sihat secara keterlaluan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Beamboozle

Langkah ini dijangka mampu mengurangkan kadar obesiti kanak-kanak secara berkesan

Jabatan Kesihatan menjangkakan peraturan ini mampu mengurangkan kira-kira 20,000 kes obesiti kanak-kanak sekali gus menjana manfaat kesihatan jangka panjang bernilai 2 bilion pound sterling.

Langkah ini dilihat kritikal memandangkan data rasmi menunjukkan kadar berat badan berlebihan dalam kalangan murid di England melonjak daripada 22.1 peratus pada awal persekolahan kepada 35.8 peratus menjelang tamat pengajian.

Menteri Kesihatan Awam, Ashley Dalton, menegaskan bahawa sekatan waktu siaran dan larangan iklan digital berbayar ini bertujuan mengurangkan pendedahan kepada pemakanan buruk serta membantu keluarga membuat pilihan yang lebih baik.

Senada dengan itu, Katharine Jenner daripada Obesity Health Alliance menyifatkan inisiatif ini sebagai pelindung utama kanak-kanak daripada pengaruh iklan bermasalah.

Ketua Eksekutif Diabetes UK, Colette Marshall, turut menekankan kepentingan usaha ini memandangkan peningkatan kes diabetes jenis dua dalam kalangan golongan muda amat membimbangkan.

Beliau mengingatkan bahawa obesiti bukan sahaja pencetus utama diabetes, malah membawa risiko komplikasi serius seperti kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung pada usia muda.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Westmed Family Healthcare

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: