Uji Bakat Drama Sangat & Pitch Story TV3 Gegar Universiti Malaya!

Ratusan pelajar dari pelbagai fakulti di Universiti Malaya hadir untuk merebut peluang ini.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suasana meriah dan penuh semangat menyelubungi Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya (UM) pada 14 Jun lalu, apabila uji bakat Drama Sangat & Pitch Story TV3 berlangsung dengan jayanya

Acara ini merupakan kolaborasi istimewa sempena ulang tahun TV3 yang ke-41, dengan matlamat utama mencari bakat baharu dalam bidang lakonan serta idea cerita yang segar dan inovatif untuk slot drama TV3.

Ujibakat ini diserikan dengan kehadiran barisan juri ternama yang tidak asing lagi dalam industri kreatif tempatan. Mereka terdiri daripada:

  • Datuk Hasniza Nordin – Produser dari Saphire Screen
  • Jalena Rejab – Produser dari Country & Universal
  • Dr Marleny Deenerwan – Timbalan Dekan, Fakulti Seni Kreatif, UM
  • Dr Mohd Effindi Samsuddin – Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Melayu, UM

Kehadiran juri-juri berkaliber ini pastinya memberikan suntikan semangat dan inspirasi kepada para peserta yang hadir.

@dramasangat

Mungkin ada yang FOMO macam mana vibes dalam bilik juri 🙄 Juri kita sporting je 🥰 Sempena ulang tahun TV3 yang ke-41, kami bawakan something special untuk uolls! Kalau anda ada cerita yang luar biasa atau bakat lakonan yang hebat, jom sertai Ujibakat Pencarian Pelakon Drama Sangat & Pitch Story Anda ke TV3! Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya – 14 Jun Blok D&E, Taylor's University Lakeside Campus – 21 Jun Jam: 11 pagi – 6 petang TUNGGU APA LAGI? PELUANG ANDA UNTUK MENJADI TERPALING POPULAR & VASSS SUDAH TIBA! 🔥 #41TAHUNPENUHDRAMA

♬ original sound – dramasangat – dramasangat

Peluang 'pitch story' yang unik untuk diadaptasi dalam TV3

Selain uji bakat lakonan, acara ini turut membuka peluang kepada penulis dan pencipta kandungan untuk membentangkan idea cerita mereka melalui segmen Pitch Story.

Peserta diberi masa 10 minit untuk membentangkan idea mereka bersama slaid pembentangan, yang bertemakan romantik, komedi romantik, dan isu semasa. Ini merupakan platform yang sangat baik bagi mereka yang ingin melihat idea cerita mereka diadaptasi ke dalam drama TV3.

Uji bakat ini turut menerima sambutan yang amat memberangsangkan, dengan ratusan pelajar dari pelbagai fakulti di Universiti Malaya hadir untuk merebut peluang ini.

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba bakat mereka di hadapan juri profesional. Suasana sepanjang hari uji bakat penuh dengan semangat dan inspirasi, jelas mencerminkan minat tinggi generasi muda dalam industri seni dan kreatif di Malaysia.

@dramasangat

"Its time to shine" !! Korang pun boleh sertai ujibakat ni tau ! Belum terlambat ❗️ kita ada lagi minggu hadapan make sure semua yang berbakat datang di Taylors University pada 21 Jun ! Sempena ulang tahun TV3 yang ke-41, kami bawakan something special untuk uolls! Kalau anda ada cerita yang luar biasa atau bakat lakonan yang hebat, jom sertai Ujibakat Pencarian Pelakon Drama Sangat & Pitch Story Anda ke TV3! Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya – 14 Jun Blok D&E, Taylor's University Lakeside Campus – 21 Jun Jam: 11 pagi – 6 petang TUNGGU APA LAGI? PELUANG ANDA UNTUK MENJADI TERPALING POPULAR & VASSS SUDAH TIBA! 🔥 #41TAHUNPENUHDRAMA

♬ original sound – dramasangat – dramasangat
Image via @dramasangat (TikTok)

@dramasangat (TikTok)

Image via @dramasangat (TikTok)

Terlepas peluang uji bakat di UM? Jangan risau!

Bagi anda yang terlepas peluang untuk menyertai ujibakat di Universiti Malaya, jangan risau! Peluang kedua menanti anda.

Uji bakat Drama Sangat & Pitch Story TV3 yang seterusnya akan diadakan di Taylor's University Lakeside Campus, Blok D&E, pada 21 Jun 2025 (Sabtu) dari 11 pagi hingga 6 petang. Ini adalah peluang keemasan untuk anda menyerlahkan bakat di hadapan juri TV3!

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada industri drama tempatan yang semakin berkembang. Jumpa anda di sana!

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik