Ubat ‘Inhaler’ Herba Hong Thai Terkenal Ditarik Balik, Didakwa Terdapat Pencemaran Kuman

Dinasihatkan semua orang semak nombor pendaftaran dan tarikh pengeluaran.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Daraz & ThaiEnquirer
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Thailand memaklumkan beberapa produk Thai Eagle penyedut herba telah disahkan dicemari mikrob berbahaya

Inhaler herba ini adalah satu ubat tradisional yang digunakan untuk membantu mabuk perjalanan, membantu fokus dan melawan keletihan.

Digelar sebagai 'Hong Thai' atau 'yadom', produk ini telah menjadi sangat-sangat popular untuk sesiapa sahaja yang pergi ke Thailand.

Malah, Lisa Blackpink yang asalnya dari Thailand turut menggunakan produk ini.

SAYS.com
Image via Thairath

Malah ia telah menjadi antara benda wajib beli jika anda pergi ke Thailand.

Laporan produk untuk tarikh pengeluaran bulan Disember 2024 tidak selamat untuk digunakan

Sampel telah diambil dan diuji oleh FDA Thailand mengatakan produk ini tidak selamat dan telah dicemari mikrob, kandungan yis juga terlalu tinggi dan terdapat kulat termasuk bakteria Clostridium spp.

SAYS.com
Image via OGTNAF

Produk yang termasuk dalam kumpulan yang tercemar adalah Hong Thai Brand Herbal Inhaler, Formula 2, Registration No. G 309/62.

-Kumpulan : 000332
-Tarikh Pengeluaran: 9 Disember 2024
-Tarikh Luput:8 Disember 2027

Dibawah Akta Produk Herba Thailand, jika didapati menghasilkan atau menjual produk tidak menepati syarat boleh disaman atau dipenjara atau kedua-duanya sekali.

SAYS.com
Image via Etsy

Pihak FDA Thailand kini dalam fasa mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat inhaler tersebut.

Jika anda mempunyai Hong Thai anda sendiri yang mempunyai kod yang sama mohon buang produk tersebut dan berhenti menggunakannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: