Tupai Nakal Mengganas Di Universiti, 18 Orang Dilaporkan Digigit Termasuk Dekan
Difahamkan, sudah dua kali cubaan tangkap dilakukan.
Cover image via @NDTV_Rajasthan / XFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah unviversiti di India telah diganggu oleh satu tupai agresif yang telah dilaporkan menggigit sekurang-kurangnya 18 orang
Kejadian ini telah berlarutan sejak 6 minggu lepas dan salah seorang mangsa juga ialah seorang dekan.
Mohanlal Sukadia University (MLSU) terletak di Rajastan, India kini dalam 'peperangan' dengan seekor tupai di mana banyak pelajar perlu berhati-hati dalam aktiviti mereka di dalam universiti tersebut.

Lebih 18-20 orang telah digigit dan staf mengatakan ia sedang menjaga kawasan
Dilaporkan oleh NDTV, Timbalan Dekan, Naveen Navana mengatakan pihak universiti sudah dua kali memanggil pasukan penyelamat haiwan.
Tetapi tupai telah berjaya melarikan diri daripada ditangkap setiap kali pasukan itu datang. Jika berjaya ditangkap, tupai tersebut akan ditempatkan di tempat yang lebih selamat dan jauh daripada manusia.
मोहनलाल सुखाड़िया यूनिवर्सिटी गिलहरी का आतंक
— NDTV Rajasthan (@NDTV_Rajasthan) April 30, 2026
राजस्थान में मोहनलाल सुखाड़िया यूनिवर्सिटी के आर्ट्स कॉलेज में एक गिलहरी ने आतंक मचा रखा है. अब तक उसने 18 से 20 स्टूडेंट्स और स्टाफ को काट लिया है.रेस्क्यू टीम के गिलहरी को पकड़ने में पसीने छूट गए है.#Rajasthan #Squirrel #udaipur pic.twitter.com/Czg3Rv6Ju4
"Sejak aduan mengenai serangan tupai itu, sudah dua kali kami panggil pasukan penyelamat haiwan. Sangkar telah diletakkan di banyak lokasi, tetapi haiwan itu terlalu pandai dan mengelak semua cubaan tangkapan. Sejak itu, arahan telah diberikan untuk melapor kegiatan tupai tersebut jika dijumpai," ujar Naveen.

Menurut pakar bahagian haiwan penternakan, Dr. Shailendra Kumar Sharma mengatakan sesiapa yang telah digigit oleh tupai itu perlu mendapatkan cucukan tetanus, walaupun tupai mempunyai risiko rendah untuk memberi penyakit anjing gila.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



