Tunjukkan Bakat Anda Melalui Rap “Paling Malaysia” & Menangi Hadiah Utama RM5,000!
Anda ada bakat menyanyi lagu rap? Inilah masanya untuk anda tonjolkan bakat itu!
Cover image via Rap Paling MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Media Prima sedang mencari rap paling kreatif, paling relatable dan penuh jiwa Malaysia
Tema untuk anda rap nanti adalah bebas, nak rap tentang nasi lemak? Harimau Malaya? Atau cerita pasal mak anda yang pakar masak rendang? Semua boleh janji ada vibes Paling Malaysia!

Ini cara paling mudah untuk anda masuk pertandingan rap Paling Malaysia:
1) Rakam video rap berdurasi 30 saat hingga 1 minit yang menggambarkan semangat Paling Malaysia
2) Pastikan rap mengandungi sekurang-kurangnya satu daripada perkataan berikut: "Paling Malaysia", "Confirm Malaysia" atau "Rojak"
3) Muat naik video ke TikTok atau Instagram menggunakan akaun public.
4) Jangan lupa untuk sertakan hashtag rasmi berikut dalam kapsyen: #MediaPrima #OhBulan #RapPalingMalaysia #ConfirmMalaysiaMPB
Selepas itu, penting untuk anda lengkapkan penyertaan dengan menghantar pautan video melalui Google Form rasmi di sini!

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Ogos 2025 (11:59 malam waktu Malaysia)
Jangan tunggu saat akhir, setiap individu atau kumpulan boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang diinginkan. Bermakna kalau anda ada banyak lagu yang best, lagi tinggi peluang untuk jadi juara.
Jadi, drop the beat, bagi rentak paling padu, dan tunjuk pada semua kenapa rap tu Paling Malaysia! RM5,000 menanti anda. All the best!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



