Tunjuk Jari Tengah, Meludah Polis & Hina Nabi SAW, Pengurus Jualan Didakwa Di Mahkamah

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau keduanya sekali.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengurus jualan wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar semalam atas dua pertuduhan serius membabitkan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam serta tindakan yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam dalam satu kejadian pada Rabu lalu

Menerusi laporan Berita Harian, tertuduh, Teoh Siew Li, 35, bagaimanapun memohon untuk dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.

Dia membuat pengakuan tidak bersalah tersebut sejurus selepas memahami butiran kesalahan yang didakwa ke atas dirinya.

Wanita tersebut didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan bertindak meludah ke arah seorang anggota polis, Lans Koperal Jelnazir Helman.

Susulan daripada itu, dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau keduanya sekali.

SAYS.com
Image via Berita Harian/AHMAD MUKHSEIN MUKHTAR

Mengeluarkan perkataan menghina agama Islam

Teoh Siew Li mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan membabitkan kekerasan jenayah, penghinaan agama, dan penggunaan isyarat lucah terhadap seorang anggota polis pada 31 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan Lans Koperal Jelnazir Helman dengan mengeluarkan kata-kata kesat "baru satu batang saja bodoh" serta menunjukkan isyarat jari tengah.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana sengaja melukakan perasaan penganut Islam dengan menghina Nabi Muhammad SAW.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun bagi kesalahan mengaibkan kehormatan dan setahun bagi penghinaan agama.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa berlaku di hadapan sebuah syarikat di Taman Bandar Baru Mergong kira-kira jam 12 tengah hari.

Insiden itu bermula apabila dua anggota polis yang menaiki kenderaan MPV dihantar ke lokasi selepas menerima aduan awam mengenai seorang wanita yang bertindak agresif dan melakukan kekacauan. Kejadian itu turut tular di media sosial setelah dirakam oleh orang awam.

Dalam prosiding tersebut, Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, memohon jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan atas dasar kepentingan awam.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan perlu menanggung ibu dan ahli keluarganya selepas kematian bapa, meskipun berpendapatan RM6,000 sebulan.

Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah kemudiannya menetapkan jumlah jaminan keseluruhan sebanyak RM12,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan 20 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes, serahan dokumen, dan pelantikan peguam oleh tertuduh.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: