Suami Curang, Isteri Ambil Tindakan Sewakan Suami Kepada Penyondol Sebanyak RM3,600 Sebulan
Difahamkan, kekasih baru suaminya bersetuju untuk membayar kepada isteri.
Cover image via KhaosodFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita Thailand mengambil langkah unik dan drastik untuk mengendalikan suaminya yang curang
Dia baru-baru ini muncul dalam satu program televisyen dan digelar dengan nama Khun, 31 tahun.
Manurut laporan di Khaosod, cerita ini terjadi di dalam rancangan Hone-Krasae, di mana Khun sebenarnya telah berkahwin selama 10 tahun dengan suaminya yang juga seorang pegawai polis dan juga mempunyai seorang anak.
Setelah mengesyaki suaminya curang, Khun telah mengupah seorang penyiasat persendirian 10,000 baht (RM1,200) sehari untuk menjejaki pergerakan suaminya.
Suaminya telah dijumpai di dalam satu rumah residensi di kawasan Ramkhamhaeng sekaligus mengesahkan suaminya curang dan tinggal dengan kekasih gelap itu.
"Akhirnya, saya mengetahui tentang skandal tersebut setelah suami saya nekad mahu meninggalkan kami," ujar Khun.

Dari mohon cerai, Khun membawa solusi 'penyewaan' suami
Bagi membenarkan suaminya tinggal bersama kekasih baru suaminya itu, Khun mengeluarkan satu syarat di mana dia dibayar sebanyak 30,000 baht (RM3,660) sebulan.
Setelah persetujuan kedua-dua pihak, wanita ketiga tersebut sebaliknya menerima dan mengatakan "wang bukan masalah" dan mahu membayar kepada isteri lelaki itu.
Suaminya pula tidak bersetuju dengan perkara ini dan mengatakan dia telah pun memberikan rumah dan kereta untuk isterinya sebelum meninggalkan mereka.

Pakar undang-undang mengatakan kontrak ini tidak diterima dalam sistem undang-undang Thailand
Peguam Pat Anusorn Asurapong mengatakan "perjanjian sewa suami" ini tidak diterima undang-undang kerana ia bercanggah dengan ketenteraman awam dan nilai-nilai murni.
Perkara ini juga melanggar undang-undang monogami di Thailand.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



