Simpan Bunga Konvokesyen Selama 3 Bulan, Wanita Terkejut Temui ‘Spy Cam’

Kewujudan peranti tersembunyi itu hanya disedari kira-kira tiga bulan selepas majlis berkenaan berlangsung.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita berdepan detik cemas selepas mendakwa menemui kamera pengintip yang disembunyikan di dalam jambangan bunga yang diterimanya sewaktu majlis konvokesyen sebuah universiti awam pada November tahun lalu

Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang dikenali sebagai Anne, 26, mendedahkan bahawa kewujudan peranti tersembunyi itu hanya disedari kira-kira tiga bulan selepas majlis tersebut berlangsung.

Rahsia itu terbongkar apabila kakaknya mendapati telefon bimbit suaminya tersambung secara automatik melalui fungsi Bluetooth kepada satu peranti yang mempunyai nama asing yang sangat panjang.

Situasi tersebut mencetuskan rasa curiga dalam kalangan ahli keluarga mangsa, yang kemudiannya bertindak cuba menyambung peranti berkenaan bagi mengenal pasti punca sambungan automatik tersebut sebelum akhirnya menemui kamera pengintip yang dimaksudkan.

"Telefon itu memang selalu dipegang oleh kakak saya walaupun ia milik suaminya. Apabila cuba menyambung kepada peranti itu, terdapat arahan untuk memuat turun aplikasi kamera dikenali sebagai IWF Camera.

"Selepas aplikasi dimuat turun, skrin telefon terus memaparkan rakaman langsung keadaan di dalam bilik tidur saya yang menunjukkan katil serta kipas yang sedang berpusing," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Bahagian disangka span bunga sebenarnya adalah bank kuasa yang membekalkan tenaga kepada kamera

Anne mendedahkan bahawa jambangan bunga tersebut selama ini diletakkan di dalam bilik tidurnya, betul-betul menghadap ke arah katil.

Hasil pemeriksaan teliti kemudiannya mendapati terdapat sebuah kamera bersaiz sangat kecil yang dilengkapi lampu merah sebagai penanda ia sedang beroperasi.

Lebih mengejutkan, komponen yang pada mulanya disangka hanya span bunga rupa-rupanya merupakan sebuah bank kuasa yang berfungsi sebagai sumber tenaga utama bagi membolehkan kamera berkenaan terus berfungsi secara tersembunyi.

"Peranti itu menggunakan sambungan Wi-Fi untuk mengakses rakaman dan ia disembunyikan dengan sangat kemas dalam jambangan bunga," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Susulan penemuan peranti tersebut, Anne bersama kakaknya telah tampil membuat laporan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Bertindak atas aduan berkenaan, pihak polis telah hadir ke kediaman mangsa untuk meninjau lokasi jambangan bunga itu diletakkan serta mengambil gambar bagi melengkapkan prosedur siasatan.

Pegawai penyiasat yang mengendalikan kes itu memaklumkan bahawa ini merupakan kejadian pertama melibatkan kamera tersembunyi di dalam jambangan bunga yang pernah diterima oleh pihak mereka.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan bahawa peranti berkenaan telah dipasang oleh pembekal luar yang membekalkan stok bunga kepada vendor di kawasan Istiadat Konvokesyen, iaitu lokasi mangsa membeli jambangan tersebut.

Buat masa ini, jambangan bunga beserta kamera berkenaan telah disita oleh pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Anne menjelaskan bahawa dia terpaksa memadam perkongsian asalnya di platform Threads berikutan serangan komen negatif warganet yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap ahli keluarganya, termasuk abang ipar dan anak buahnya yang baru berusia 11 tahun.

"Tidak logik untuk menuduh anak buah saya yang meletakkan kamera itu walaupun bunga itu diberikan olehnya, kerana sebenarnya saya sendiri yang meminta ibunya, iaitu kakak saya, membelinya," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, mengesahkan penerimaan laporan tersebut dan menyatakan bahawa kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sementara siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: