7 Daripada 10 Pemandu Malaysia Sebenarnya Alami Masalah Tidur, Mengantuk Ketika Memandu

Difahamkan, mereka ini cenderung untuk memandu dalam keadaan lesu dan mengantuk.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Sun & Kurnia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tujuh daripada 10 pemandu dalam negara dikesan mempunyai masalah tidur dan keletihan

Mereka ini juga cenderung untuk memandu dalam keadaan lesu, mengantuk dan berisiko kemalangan akibat tertidur sekejap tanpa sedar atau microsleep.

Dilaporkan oleh Berita Harian, saringan sistem biometrik ini telah diperkenalkan oleh Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia, Prof Dr Louis Adaikalam, sistem ini berupaya mengukur tahap kelesuan, mengantuk dan kewaspadaan yang dialami seseorang individu.

Individu yang berdepan masalah tidur dan kelesuan akan diberikan cadangan penyelesaian kerana ia mempengaruhi keselamatan ketika memandu.

SAYS.com

Gambar janaan AI

Image via Berita Harian

Individu dengan masalah tidur dan kelesuan, dapat dikenal pasti

"Hasil saringan melalui sistem biometrik yang diperkenalkan, kita dapat mengenal pasti dalam 10 orang yang diuji, tujuh daripadanya mengalami masalah mengantuk dan kelesuan," ujar beliau.

"Saringan ini dibuat pada waktu pagi ketika individu ini memandu kenderaan. Hasilnya, didapati tahap kecergasan mereka tidak berada pada tahap terbaik dan perlu menjalani intervensi," tambah beliau lagi.

Intervensi perlu dibuat kerana ada kebarangkalian mereka ini akan terus memandu dalam keadaan mengantuk atau berdepan dengan microsleep.

SAYS.com

Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia, Prof Dr Louis Adaikalam

Image via Berita Harian

Untuk rekod, sudah banyak kes kemalangan berlaku yang berpunca daripada isu pemandu tertidur dan berkaitan dengan keletihan melampau.

Kerjaya yang kerap berdepan masalah gangguan tidur adalah pemandu lori, pekerja penghantaran, pemandu e-hailing dan individu yang bekerja syif.

Selain itu, Louis juga mengatakan tabiat tidur lewat kerana bersosial khususnya di media sosial turut menjadi punca gangguan tidur yang serius.

"Misalnya, ada pekerja syif di syarikat swasta yang jadual kerja mereka bermula jam 7 malam hingga 7 pagi berturut-turut selama empat hari dan selepas itu majikan beri cuti tiga hari serta disambung dengan syif jam 7 pagi hingga 7 malam," kata Louis.

Akibat kurang tidur ini boleh menyebabkan fungsi kognitif seseorang individu tidak lancar bagi kebolehan berfikir, bertindak balas, mengawal diri dan berfikir secara rasional.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: