Tun M Kini Genap Umur 100 Tahun, Ini Fakta Menarik Tentang Dr Mahathir Mohamad
Terima kasih atas segala sumbangan, jasa dan pengorbanan Tun M selama ini!
Cover image via Dr. Mahathir bin Mohamad (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pada hari ini, 10 Julai 2025, genaplah usia mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 100 tahun. Ulang tahun ke-100 ini menandakan satu abad kehidupan seorang tokoh yang telah membentuk landskap politik, ekonomi dan sosial Malaysia secara mendalam.
Lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah, perjalanan hidup Tun M adalah cerminan perkembangan Malaysia itu sendiri. Daripada seorang doktor perubatan, beliau melangkah ke arena politik, menjadi seorang pemimpin yang tidak hanya menyaksikan, tetapi juga secara aktif mencorakkan naratif kemajuan negara.
Tahukah anda? Sebenarnya banyak fakta menarik yang mungkin ramai tak tahu pasal Tun M. Jom ketahui dengan lebih lanjut!
1. Tak suka berehat, lebih suka bergerak dan aktif

Tun M menasihati orang ramai supaya tidak berehat terlalu lama lebih-lebih lagi ketika usia semakin meningkat. Beliau yang juga pernah menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia menjelaskan bahawa otot-otot akan rosak jika tidak digunakan.
Tun M juga menyarankan orang ramai untuk membaca dan menulis supaya otak bergerak dan aktif.
2. Tun M suka pergi ke Jepun

Menurut Tun M, bangsa Jepun adalah bangsa Asia yang pertama dapat menewaskan kekuatan ketenteraan Barat.
Mereka pernah berlawan dengan Rusia. Walaupun beliau tidak suka cara Jepun memerintah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua, namun menurutnya bangsa Melayu harus menjadikan Jepun sebagai contoh kerana mereka mempunyai jati diri yang begitu kuat.
3. Suka sarapan ringkas dan simple

Tun M biasa makan sekeping roti bakar, sehiris buah dan juga segelas kopi. Beliau akan minum kopi kali kedua pada jam 10 pagi. Pada waktu malam, beliau lebih gemar berperisa coklat.
Beliau juga suka makan mi segera, namun pengambilannya dikurangkan dan beliau juga tidak makan ikan segar. Namun, baru-baru ini Tun M sudah jarang mengambil nasi. Hanya makan lauk saja, kalau korang nak tau, sayur kegemaran beliau adalah Salad.
4. Tak suka terima hadiah pada hari ulang tahun kelahirannya

Tun M menganggap bahawa orang lain mungkin akan mengambil kesempatan dengan memberikan hadiah yang bukan-bukan dan niat yang tidak betul.
Sebab itu, beliau tak suka menerima hadiah daripada orang lain.
5. Selesa guna telefon pintar iPhone

Menurut beliau, telefon pintar ini jauh lebih mudah untuk beroperasi berbanding Android. Namun, beliau sendiri mengaku bahawa beliau tidak tahu bagaimana untuk menggunakan telefon itu dengan sepenuhnya.
6. Tun M suka beli buku bila pergi KLCC

Hobi Tun M adalah membaca, sebab itu Tun M suka berkunjung ke mana-mana kedai buku dan meluangkan masa memilih dan membeli buku.
Selamat hari jadi yang ke-100 Tun M!
Terima kasih atas segala sumbangan, jasa dan pengorbanan Tun M selama ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



