Tun M Dilaporkan Terjatuh Di Kediamannya, Berada Dalam Keadaan Sedar Ketika Dibawa Ke IJN

Semoga Tun M baik-baik saja dan kembali sembuh seperti sediakala.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi ini selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di saluran rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp.

Menurut beliau, Tun Dr Mahathir dikejarkan ke IJN dengan menaiki ambulans sekitar jam 9.30 pagi.

Sufi memaklumkan bahawa pemimpin berusia 100 tahun itu berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital. Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada awal pagi ketika beliau bergerak dari bahagian balkoni rumah menuju ke ruang tamu.

SAYS.com
Image via Dr. Mahathir bin Mohamad (Facebook)

Difahamkan, pemeriksaan terperinci oleh pakar IJN sedang dijalankan dan maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

"Beliau telah terjatuh pada awal pagi tadi dan pada kebiasaannya, perkara itu memerlukan pemerhatian lanjut di hospital. Saya difahamkan beliau telah terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian di balkoni rumah untuk ke ruang tamu," katanya.

Untuk rekod, Tun Dr Mahathir pernah menerima rawatan di IJN pada 13 Julai tahun lalu akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas pemeriksaan dilakukan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: