Tun Laila Berang Peniaga Selamba Promote Bisnes Doorgift Sendiri Pakai Gambar Kahwinnya

Tak patutlah berniaga cara macam itu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @yarafaee (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, peguam dan pempengaruh, Tun Laila tampil menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila mendakwa ada peniaga di TikTok selamba menggunakan gambarnya untuk mempromosi doorgift kahwin murah

Menerusi video yang dimuat naik di TikToknya, Tun Laila berkata pihak peniaga itu langsung tidak ada menghubunginya atau memberitahu bahawa mereka akan menggunakan gambar kahwinnya untuk mempromosikan bisnes mereka.

"It's very upsetting bila saya dan suami melihat gambar kitaorang digunakan oleh seller yang yang kitaorang tak kenal langsung ni. This one seller dia dah post 4 video dengan majlis kahwin kitaorang lepas tu promote you punya barang.

"Caption pun very misleading as if you punya barang adalah pilihan kitaorang masa kitaorang kahwin,"
katanya.

Tun Laila juga memberitahu dia berasa sedih kerana peniaga tersebut adalah orang Melayu Islam

"Dia bukan nak berkira, kitaorang pun bukanlah orang famous yang tak nak bagi orang pakai video. Boleh untuk you pakai video kitaorang kalau you betul-betul ada pada hari kitaorang tu.

"You post untuk promote you punya barang and caption sangat-sangat misleading. This is not the doorgift yang kitaorang bagi tetamu faham tak?

"Tapi tiba-tiba you ambil dan promote you punya keropok. This is not the right way. I don't think berkat untuk you buat macam ni. Kalau you minta izin at least, faham tak,"
katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

@yarafaee

please dont do this 🙏🏼 p/s: makeup by @whisk by latte 🩷

♬ original sound – Tun Laila – Tun Laila

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik