Tular Video Wanita ‘Sembur Air’ Dalam MRT, Penumpang Lelaki Dikecam Buat Tak Endah

Geram pula tengok.

Enlarge text
Cover ImageCover image via X
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang wanita mencetuskan kekecohan apabila didakwa menyembur air mineral dari mulutnya ke arah penumpang lain di dalam sebuah tren MRT di Singapura

Menerusi video yang tular di media sosial, wanita berkenaan dilihat menyembur air ke arah beberapa penumpang secara tiba-tiba sebelum ditegur oleh seorang penumpang wanita lain.

Namun begitu, penumpang lain di dalam gerabak itu hanya mendiamkan diri dan mengelak daripada terkena semburan air daripada mulutnya.

Bukan sekadar menegur, wanita tersebut turut bertindak menghalang suspek daripada meninggalkan tren dan menggesa supaya perkara itu dilaporkan kepada pihak polis kerana disifatkan sebagai perbuatan tidak bermoral serta berisiko kepada keselamatan awam.

Lebih mengejutkan, ada netizen mendakwa insiden tersebut bukan kali pertama berlaku, malah wanita sama dikatakan pernah mencetuskan kekecohan serupa di lokasi awam lain sebelum ini

SAYS.com
Image via

Tindakan itu menerima kecaman netizen yang menyifatkannya sebagai menjijikkan dan berbahaya, terutamanya kerana perbuatan menyembur air dari mulut boleh menyebarkan penyakit.

Dalam masa sama, ramai turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir penumpang lelaki yang dilihat hanya berdiam diri dan tidak membantu ketika kejadian berlaku.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik