Tular Video Wanita Makan & Minum Ketika Live Di TikTok Kini Ditahan JHEAINS

Difahamkan, wanita itu ditahan di Kuala Pilah semalam dan kini disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Enlarge text
Cover ImageCover image via XTRA (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) selepas didakwa tidak menghormati bulan Ramadan menerusi siaran langsung di TikTok, Ahad lalu

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Asri Abdullah, berkata, wanita itu ditahan di Kuala Pilah semalam dan kini disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, atas kesalahan menghina atau mencela agama Islam.

"Semasa siaran langsung itu, individu berkenaan didapati secara terbuka makan dan minum," katanya.

SAYS.com
Image via XTRAImage via

Video tular menunjukkan wanita tersebut berinteraksi dengan pengikutnya kira-kira jam 6.45 petang

Dalam pada itu, Datuk Mohd Asri menasihatkan orang ramai, terutamanya umat Islam, supaya lebih peka terhadap sensitiviti agama serta memuliakan Ramadan dengan mengamalkan tingkah laku terpuji selaras tuntutan Islam.

Beliau menegaskan, JHEAINS komited memastikan setiap urusan berkaitan umat Islam di negeri ini dijalankan dengan tertib, hikmah, serta berlandaskan syariat dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Insiden ini tular di media sosial selepas rakaman wanita itu minum air secara terbuka semasa sesi siaran langsung bersama pengikutnya di TikTok.

Lihat video di bawah:

@xtra_my

Satu siaran langsung di TikTok mencuri perhatian apabila seorang wanita dilihat minum dan makan pada waktu siang ketika bulan Ramadan ini. Individu berkenaan menjelaskan bahawa dia sedang berpantang, namun tindakan mempamerkan perkara tersebut secara terbuka tetap mengundang pelbagai reaksi netizen. #fyp #xtra #wanita #takpuasa #sensitiviti Sumber: sfeaqsra P/s: Video ini bukan milik XTRA dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!

♬ original sound – XTRA – XTRA

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: