Tular Video SOS 9 Rakyat Malaysia – “Kami Diculik Secara Haram Oleh Tentera Israel”
Semoga Allah SWT lindungi semua aktivis yang ditahan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang sukarelawan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition, Thousand Madleens to Gaza (FFC–TMTG), Dr Maziah Mohammad, mendakwa beliau dan rakan-rakan aktivis telah diculik secara haram oleh tentera Israel ketika menaiki kapal Umm Saad menuju ke Gaza
Menerusi rakaman video SOS yang dikeluarkan oleh FFC–TMTG, Dr Maziah menjelaskan bahawa video tersebut dirakam sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya mereka ditahan ketika melaksanakan misi bantuan ke Gaza.
"Sekiranya anda melihat video ini, bermakna saya dan rakan-rakan telah diculik secara haram oleh Israel atau negara-negara yang bersekongkol dengan jenayah mereka.
"Saya mohon rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada Israel bagi menghentikan genosid dan pembunuhan beramai-ramai di Palestin dan Gaza," katanya.

Kapal misi dipintas kurang 130 batu nautika dari Gaza
Difahamkan, semua kapal di bawah misi FFC–TMTG telah dipintas oleh tentera Israel kira-kira jam 10.50 pagi (waktu tempatan) ketika berada kurang 130 batu nautika dari perairan Gaza.
Pintasan itu berlaku selepas kapal-kapal berkenaan dihampiri beberapa bot tentera Israel. Menurut Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), sembilan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi tersebut kini ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel.
Rakaman video dan mesej kecemasan yang dimuat naik oleh MyCARE turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyebarkan maklumat penahanan itu serta mendesak agar tekanan global dikenakan terhadap Israel.

PMX desak pembebasan segera sukarelawan Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menuntut agar semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.
Terdahulu, delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah menandatangani Surat Pengusiran Jamin Pembebasan Segera sekiranya mereka ditahan oleh tentera Israel.
Menurut Penolong Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh, langkah itu diambil kerana mereka tidak mahu mengambil risiko berpanjangan sekiranya berdepan penahanan di perairan antarabangsa.
Lihat posting di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 