Tular Video Penghantar Kurier Selamba Campak Kotak Pelanggan – “Berderai Bunyi Pecah”
Geramnya tengok, boleh je letak elok-elok kan.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila video seorang penghantar kurier mencampak kotak pelanggan membuatkan ramai berang
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Threads, video itu dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.
Difahamkan, kotak barang itu sudah diletakkan tanda 'fragile', namun rider tersebut dengan selamba mencampak kotak itu ke dalam rumah.
"Tengoklah macam mana JnT buat kerja. Letaklah tape Fragile banyak mana pun, akhirnya lempar juga. Dalam tu ada 18 pcs pinggan porcelain, berderai bunyi pecah," katanya.

Susulan tularnya perkongsian itu yang kini mencecah 21K likes dan 1.9K komen, rata-rata warganet menyarankan individu tersebut untuk membuat laporan kerana bukti sudah cukup
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama dengan syarikat penghantar barang terbabit.


Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


